A

HATI KENA SADO
Terima kasih kerana sudi singgah .
My Site
Facebook Twitter Tumblr Instagram
Purple Life. ♥

Purple symbolizes a person's self confidence and the miracle of life.

HOME OWNER FRIENDS DBOARD NEWER OLDER

JPJ test 31/1 . GAGAL !
Sunday, February 7, 2016 - Permalink - 3 Comments
Assalamualaikum. Yaa nak cerita pengalaman Yaa waktu JPJ test ritu. Jenuh juga lah mencari waktu-waktu terluang untuk update blog yang kian lama menyepi ni. Entah kenapa mood berblog semakin merudum atas kesibukan diri menjadi seorang suri rumah yang memang pagi ke petang duk rumah tapi banyak kerja, tambah dengan bisnes online ni. Maklumla baru nak berjinak dengan bisnes. Kena lah banyak buat research semua kan. Huhu. Now let's start !

31 January 2016.

Pukul 8.00 tu cikgu datang ambik kat rumah.
Sampai kat litar ketua kat situ panggil nama and bagi nombor. Pastu ada taklimat sikit sambil tunggu tester JPJ datang. 

Pastu bila JPJ dah sampai tu , dia panggil number sorang2, kena beratur and bagi IC and lesen L.

Pastu semua kena berjalan pergi ke pondok RSM.
Yaa turn number lima , so I antara yang terawal dipanggil sebab kat pondok RPK tu dia panggil enam orang sekaligus kut. Masa tu Yaa sorang je girl. >,<  Nervous memang takyah cerita lah. 
Terketar-ketar suara time cakap . Hahahaha.

Dah selesai RPK and RSM tu dia suruh tunggu kat pondok menunggu.

Lepas tu nombor lima kena panggil lagi, untuk test dalam litar. Bismillah, then I start the test. Bukit lulus ! Z course bagus ! Tiga penjuru lulus ! S lulus ! Baru je nak masuk parking abang JPJ kata  awak dah tak lulus ! Boleh dah tu keluar kereta, but why ????? 

"SEBAB AWAK TAK PAKAI SIT BELT. HUKUMAN MANDATORI !!!"

Arghhhhh ! Stress nyaaaaaa. Macam mana boleh lupa ni Nadia ?
Nervous punya pasal .. Adui.

Lepas tu ambik result tu bawak pergi ke pondok utama. Pastu tunggu untuk test jalan raya.
Dalam hati memang sedih gila time tu plus kecewa plus frust lagi. Tahan je nak nangis. 

Lepas tu ada sorang kawan Yaa waktu primary school dulu datang tanya, " Asal wey tak lulus ? "

I is waktu tu mood kelaut dah , Yaa bagi dia borang tuu suruh dia baca sendiri kenapa tak lulus. Dah tu si Nik tu boleh pulak tanya banyak2 soalan. Yaa pun ape lagi . Mencurah-curah air mata keluar. Nangis je depan dia. Dahla Nik tu laki ! Huwaaaaa ! Maluuuuu. Pastu dia mintak maaf. Dia pujuk Yaa. Hahaha.

Then, abang tester jln raya pun datang. Mana nombor lima tuu p naik kete tu ye *keta tu ada depan pondok * Then , bismillah again, baca ayat kursi , 4 qul semua.. Then , abg jpj tu bagi semangat kat I is... "Yang dah lepas tu biarkan ia berlalu, now awak kena focus untuk test jalan raya pulak ye"

Hati  terpujukkk dengan kata-kata abang jpj tu. Dahla hensem. Hahahahahahaa ! tu penting kut. Dalam kereta tu diam je. Dua-dua be like *Krikkrik krik krik* Hehe. Yaa dapat jalan c je, alhamdulillah yang ini lulus.

Kira nya kena repeat kat litar jea . RM 170 melayangggggggg . Frust ! Takdapat tido dua hari kut. Asyik teringat benda sama. Kecewa dia lebih teruk dari putus cinta weh ! Serius ! Huhuhuhu.

Mesti ada hikmah semua ni terjadi.. Be strong Nadia. Harap next test lulus dengan cemerlang lah. Huhuhu. 

Ok sampai sini sahaja entry ni. Assalamualaikum.

Thanks for reading




Le'Boss

Hello Sweetie! you came to my blog! The place where I keep my memories I hope you enjoy the journey through my adventures
Purple Guest

Wish List

IPHONE
Camera
My Own Laptop
Someone To LOve
Tabung Simpanan

Follow Here

Credit

Template by Siti
Owner is Nadia Syamimi