A

HATI KENA SADO
Terima kasih kerana sudi singgah .
My Site
Facebook Twitter Tumblr Instagram
Purple Life. ♥

Purple symbolizes a person's self confidence and the miracle of life.

HOME OWNER FRIENDS DBOARD NEWER OLDER

KIDAL
Saturday, January 9, 2016 - Permalink - 1 Comments

Assalamualaikum.

Definisi Kidal menurut Kamus Pelajar edisi kedua ialah

kiri: tangan ~ tangan kiri. 2 selalu menggunakan tangan kiri ketika membuat sesuatu.

Secara umumnya kidal  bermaksud individu yang lebih cenderung menggunakan tangan kiri untuk melakukan berbagai tugasan.  10 peratus dari 6.7 billion populasi di dunia ini adalah manusia yang kidal ( lefthanded ).

Tahukah anda 13 Ogos merupakan hari kidal sedunia ? Lepas dapat tahu ni baru lah kami budak-budak kidal rasa dihargai . Huhu. Sebelum ni ada jugak la kawan-kawan kutuk kata orang kidal ni tak ikut sunnah Rasulullah SAW.  Wahai kawan-kawan yang disayangi , perlakuan kidal ni datang secara semula jadi tau, bukan kami yang mintak tauu. Lepasni tolong la fikir perasaan kami sebelum nak cakap tu. Huhu.

Okey abaikan.
Next , Yaa sebagai manusia yang dilahirkan kidal tau. 
Emmm antara benda-benda or perkara or kerja yang Yaa guna tangan kiri ialah..

1. Menulis - Sudah semestinya Yaa tulis tangan kiri. Bagi kidalians yang lain mesti tulisan korang cantik-cantik kan. Tapi I'm the one kidalians yang tulisan tahap ayam baru belajar nak mencakar ! Hahaha. Dulu memang sampai tahap macam tu la , nak-nak waktu jawab exam kan. Pastu , Yaa nekad untuk berubah *berubah konon* . Cuba lah jugak berlatih tulis cantik-cantik. Dah cantik sikit tulisan orang kata tulisan kecik sangat pulak. Haduhhh pening den. Jadinya Yaa tulis lah besar-besar sikit dari selalu. Huhu. Tapi kalau time nak cepat memang tulisan akan kembali macam dahulu kala lah. Hahaha.

2. Main badminton - Time main badminton memang reket tu pegang tangan kiri. Try guna tangan kanan tapi macam kekok je. So, Yaa teruskan guna tangan kiri.

3. Buat kerja kat dapur - Haa yang ni time pegang pisau. Walaupun kita tau kita dah expert bab-bab ni tapi ! Mum selalu cakap " pegang pisau tu elok-elok lah Yaa nanti terpotong tangan tu. Macam kekok je pegang pisau tu.. Risau maa"
Ya allah mum , dah sah-sah anak mum ni kidal. Memang macam ni la pegang pisau nyaa . Nanti tak pasal-pasal kena label anak dara tak reti buat kerja dapur . Sob sob *Ambik tisu lap air mata*

Dan yang lain-lain tu , pegang gitar , pakai jam dan banyak lagi lah ! Tapi yang pasti Yaa makan guna tangan kanan. Guna sudu pun pakai tangan kanan. Kalau pakai chopstik tu je pakai tangan kiri. Kalau tak kekok je . huhu.

 


Fakta menarik tentang kidal.
1. Individu kidal cenderung merasa cemas ataupun malu dengan apa yang ingin dilakukan atau dikatakan.
Kajian dari Abertay University Skotlandia menemukan bahwa orang kidal cenderung lebih setuju dengan pernyataan seperti : “Saya khautir membuat kesalahan.” Mereka yang kidal juga sepakat dengan penyataan : “Kritik atau omelan membuat saya sedikit sakit hati.”. Dr Lynn Wright, yang menjalan kajian tersebut di Dundee, Skotlandia, percaya fenomena ini disebabkan adanya perbezaan bahagian otak antara orang kidal dan orang tangan kanan.
“Orang kidal cenderung lebih bimbang, sedangkan mereka yang memakai tangan kanan cenderung sedikit bergerak cepat. Pada orang kidal, bagian otak kanannya lebih dominan, dan inilah bagian yang sepertinya mengendalikan aspek negatif dari emosi. Mereka yang lebih banyak memakai tangan kanan, bahagian otak kirinya lebih dominan,” jelas Lynn

TOKOH-TOKOH KIDAL
1. Presiden Amerika Syarikat
I. James A. Garfield (1831-1881) 20th
II. Herbert Hoover (1874-1964) 31st
III. Harry S. Truman (1884-1972) 33rd
IV. Gerald Ford (1913- ) 38th
V. Ronald Reagan (1911 – ) 40th
VI. George H.W. Bush (1924- ) 41st
VII. Bill Clinton (1946- ) 42nd
VIII. Barrack Obama 44th ( Mccain juga seorang kidal )

2. Tokoh ternama
v Aristotle (Ahli falsafah)
v Mahatma Gandhi (tokoh keamanan),
v Isaac Newton (saintis)
v Albert Einstein (saintis)
v Henry Ford Jr., (automobil)

dan Leonardo Da Vinci, Napoleon Bonaparte, Jimi Hendrix, Oprah Winfrey, 

Rumusan
1. Secara kasarnya sekitar 10-15% daripada penduduk dunia adalah kidal.
2. Orang kidal tidak semestinya mempunyai kedua ibubapa yang. juga kidal.
3. Menurut kajian tidak ada sesiapapun yang. dapat. mendefinasikan mengapa sesetengah individu itu dilahirkan kidal. Tidak ada gen yang. mengaitkan orang kidal dapat. dikenalpasti, tetapi ianya mempunyai kaitan didalam sesebuah keluarga.
4. Leonardo da Vinci menulis kesemua data peribadinya dari kanan ke kiri (seperti penulisan jawi) sehinggakan sesiapa yang. ingin membacanya terpaksa menggunakan cermin untuk. menterjemahkan mesej-mesejnya.
5. Hari istimewa untuk. orang kidal adalah Hari Kidal Sedunia yang. disambut pada 13 Ogos setiap tahun.
6. Lebih ramai lelaki yang kidal berbanding perempuan.

sumber dari sini.

Tahukah anda pada zaman ini banyak produk yang dihasilkan khas untuk orang-orang Kidal ? Anda boleh lihat di link beriikut.

http://www.anythinglefthanded.co.uk/

Sekian sahaja entry kali ini . Assalamualaikum.
#ProudToBeKidal




Thanks for reading




Le'Boss

Hello Sweetie! you came to my blog! The place where I keep my memories I hope you enjoy the journey through my adventures
Purple Guest

Wish List

IPHONE
Camera
My Own Laptop
Someone To LOve
Tabung Simpanan

Follow Here

Credit

Template by Siti
Owner is Nadia Syamimi