A

HATI KENA SADO
Terima kasih kerana sudi singgah .
My Site
Facebook Twitter Tumblr Instagram
Purple Life. ♥

Purple symbolizes a person's self confidence and the miracle of life.

HOME OWNER FRIENDS DBOARD NEWER OLDER

Ketika malaikat maut menjemput
Tuesday, January 12, 2016 - Permalink - 0 Comments
Assalamualaikum….

Sibuk kejar kehidupan?
Kerja sepenuh masa. Rindu orang itu, orang i ni. Cemburu orang itu dengan orang ini.

Lewat bangun solat subuh, tapi lebih risau lewat nak pergi keje. Tak risau sangat solat lambat. Balik rumah dah lewat, solat asar ke mana, solat maghrib ke mana.

Perut lapar, cari makanan. Duit takde, pergi bank. Rasa tak tenang, ada benda tak kena, pakai earphone, dengar lagu apa-apa. Duduk di kawasan lapang, tenangkan fikiran. Al Quran tak bersentuh, masjid tak jejak.

Benda sama lagi dibuat. Sambil online, tiba-tiba terbaca satu tweet,
“Buat apa pun, jangan lupa, Allah nampak semuanya. Malaikat mencatat.”
Tanpa rasa tersentuh, hati mula kata, “Benda dah selalu diingatkan.

Aku tahulah Allah tu Maha Melihat. Malaikat tu sentiasa mencatat.”
Teruskan dengar pula lagu Mr Saxobeat, online lagi. Main game.
Tanpa rasa diperhatikan, sebenarnya malaikat maut daripada pagi duk pandang kita.

Terbangun solat subuh lewat, Allah tahu. Malaikat kiri kanan tahu. Malaikat maut pun tahu.
Sambung dengar lagu Starships pula. Sibuk-sibuk dengar, mulut pun ikut sekali menyanyi.

Baca Al Quran? Ala nanti-nanti boleh.
Malaikat maut menjengah lagi.
Tiba-tiba terdengar azan. Tengah syok online ni. Tengok jam. Awal lagi. Teruskan online dulu, lagi sepuluh minit solatlah. !! sepuluh minit, tengok jam, cipta alasan lain pula. Sampai dah tinggal lima minit waktu nak habis, baru pulun lari pergi wudhuk, nak solat. Itu Alhamdulillah solat. Yang terus tak solat sebab alasannya dah terlewat? Guane tu?

Malaikat maut ziarah lagi.
Nasib tak nampak je malaikat maut tu. Kalau nampak, confirm masing-masing tak ada masa nak buat benda lagha. Setiap masa pun nak buat baik je.

Sebelum tidur, belek-belek phone dulu. Wish goodnight kat boyfriend/girlfriend dulu.

“Biy, nanti kejut I bangun solat subuh eh? Goodnight sayang. I love you. Esok mesej lagi :*”
Baru nak tutup mata, nak tidur. Tiba-tiba ada orang ketuk pintu. Ah sudah. Siapa pulak nak kacau aku ni.
“Nak apa?”
Kasar intonasi. Bengang kononnya ada orang kacau waktu mengantuk macam ni.
“Nak nyawa kamu. Masa kamu di dunia sudah tamat. Wahai anak adam, ini adalah waktu pertemuan kembali antara seorang hamba dengan Pencipta segala ciptaan”
Tergamam.

Ah Macam mana ni. Aku belum sempat baca Quran. Aku dah lama tak solat taubat. Solat aku yang lepas-lepas ni yang aku sengaja tinggal nak buat macam mana.
Mati mana boleh tangguh lagi. Aduh. *tepuk dahi*

Esok dah janji dengan kawan nak main futsal. Dah janji nak mesej awek. Esok kena hantar paper work, deadline. Macam mana ni.
Lalu malaikat maut pun masuk ke dalam bilik.
Dengan muka cuak, cuba merayu mohon ditangguhkan waktu mati. Kita lupa, malaikat maut itu sentiasa memerhati. Tunggu masa nak ambil nyawa.

Selama ni leka dengan dunia. Bila tiba hari kematian, baru yakin yang mati tu bila-bila. Tapi…. semuanya dah terlambat.
Jadi, mulai dari sekarang.

Rancanglah kematian sebaik-baiknya. Nak mati dalam keadaan sudah bertaubat, atau nak mati dalam keadaan sibuk buat maksiat?
Jga aurat wahai shabat2ku…  Tepuk dada, tanya iman.

* Semoga kita semua mati dalam keadaan beriman kepada Allah. Aamiin. *

Assalamualaikum wbt.


☝tolong baca smpi habis..
Sbg peringatan utk DIRI SENDIRI dan sesiapa yang baca.


Thanks for reading




Le'Boss

Hello Sweetie! you came to my blog! The place where I keep my memories I hope you enjoy the journey through my adventures
Purple Guest

Wish List

IPHONE
Camera
My Own Laptop
Someone To LOve
Tabung Simpanan

Follow Here

Credit

Template by Siti
Owner is Nadia Syamimi