A

HATI KENA SADO
Terima kasih kerana sudi singgah .
My Site
Facebook Twitter Tumblr Instagram
Purple Life. ♥

Purple symbolizes a person's self confidence and the miracle of life.

HOME OWNER FRIENDS DBOARD NEWER OLDER

Funny Moment with Chingu
Monday, January 11, 2016 - Permalink - 0 Comments
Assalamualaikum.



Petang tadi pergi jogging ngan Rara. Kat kampung Yaa ni kira ada jalan yang kiranya jalan untuk orang jogging la. Means memang laluan ni orang guna untuk jogging plus merentas desa. Kalau orang yang nak jog ringan2 tu just jogging pusing tasik je.

Nak dijadikan cerita petang tadi Si Rara rajin ajak Yaa jog ikut jalan kampung tu. Kitorang jog tadi pun dalam pukul 6 lebih dah. Orang pun dah kurang time tu. Selalunya okey aje lalu ikut situ. Pastu tadi kitorang jog punya jog sampai dekat ada nak naik bukit tu. Bukit tu memang tinggi ! Orang yang tak cukup stamina tak boleh naik sini yee.. 

Okey dah nak naik bukit tu , tiba-tiba !!!! Ada datang spesies binatang tak silap aku Lutung kut datang gayut-gayut kat situ. Rara memula tu bukan main cakap kat aku jangan takut .. Relax je. Pastu teruskan lagi perjalanan. Dah sampai suku bukit  lutung datang makin dekat macam nak terkam kitorang. Rara time tu pusing belakang pastu dia lari punya lari macam orang juara marathon lari. Hahaha. Dengan riak muka dia tu, ya ampun kelakar gila cheq habaq ! Aku lari sambil gelak sampai keras perut gelak. Pastu ada pak cik tu datang jog jugak. Pastu kitorang follow belakang pak cik tu je. 

Waktu follow pak cik tu lutung tu lompat-lompat kat atas tali letrik. Rara punya takut dia gi jerit "Pakcik tolong ! Tolong !! " Pak cik tu tengok Rara. Riak wajah pak cik tu macam "Eh dah kenapa budak ni, buang tebiat ke hape?" Kahkah. Sekali lagi haku gelak tak hingat dunia sampai tak larat nak panjat bukit tinggi tu ! Huaaa. Macam nak pengsan je bila sampai kat atas bukit tu. 

Moral of the story :
Jangan poyo cakap kau berani kalau kau penakut tak hingat dunia. kahkah. 
Aku sampai malam tak habis gelak dengan perangai kau Rara. 

Lebih kurang macam ni lah haiwan tadi tu. Tak tahu pulak apa nama spesifik dia. Huhu. Seram gak lak nampak tu.  Lepas ni memang tak nak dah jog ikut jalan tu. Rela pusing tasik tu sepuluh round ! hahahaha 




Sekian sahaja entry untuk malam ni. Harap-harap lain kali tak takut dah kalau jumpa benda ni ! Huhuhu.
Assalamualaikum.

Thanks for reading




Le'Boss

Hello Sweetie! you came to my blog! The place where I keep my memories I hope you enjoy the journey through my adventures
Purple Guest

Wish List

IPHONE
Camera
My Own Laptop
Someone To LOve
Tabung Simpanan

Follow Here

Credit

Template by Siti
Owner is Nadia Syamimi