A

HATI KENA SADO
Terima kasih kerana sudi singgah .
My Site
Facebook Twitter Tumblr Instagram
Purple Life. ♥

Purple symbolizes a person's self confidence and the miracle of life.

HOME OWNER FRIENDS DBOARD NEWER OLDER

Kem Bina Diri at Park Su Chalet , Jeram Pasu, Kelantan
Monday, June 1, 2015 - Permalink - 0 Comments

Assalamualaikum.
Hari Khamis , Jumaat and Sabtu haritu budak2 form Five Smk syp 2 *sebilangan sahaja* telah mengikuti kem Bina Diri kat Park su Chalet ni.

Hari khamis tu kami bertolak pukul 2. Kami keletihan sebenanya sebab pagi tu ade sukan tahunan.

Sehari sebelum pergi tu kan aku macam tak sedap hati. Aku pun tak tahu kenapa. Dah lah tak dapat lelap. Tapi tetap pergi jugak kem tu.. Memang kem ni tak mendapat sambutan sebenanya. Jadi last2 hanya enam puluh tiga orang yang mengikuti kem ni. Cikgu target 80 orang.

We start our journey.
Kami naik bas . Nak djadikan cerita disaat kami tengah berbual-bual di dalam bas ttibe bas tu benti kt tepi jalan. Pastu orang depan cakap kitorang sesat. Pastu mula lah budak2 ni membebel. Ade ke patut driver bas pon tak tahu jalan. Bla bla bla. Then yang tahu jalan tu pergi kt depan bgtau kt pak cik driver uh. Yang ni cakap ke kiri , yang itu cakap ke kanan. Berape kali duk pusing tempat sama. Last2 call cikgu , pastu pukul 6 lebih kut baru sampai. Patutnya perjalanan tu tak sampai dua jam kot.

Malam tu we were divided to four groups. Aktiviti kumpulan ada malam tu.
Next day,
Haa yang ni excited aku nak cerita.
Pagi tu kami riadah dulu. Siap erobik lagi haa. Pastu makan pagi then kami bersiap-siap g jungle trekking.  Jungle trekking kalini tak de lah penat sangat kalau nak dibandingkan dengan yg dekat Bukit Kluang punye. Kami jalan2 ikut paksu 'fasi kat situ'
Sampai lah kat sungai. Dia cakap cari kayu pastu buat pancing.
Waktu tu takde orang pun cari kayu. Diorang busy jerik2 "pacat ! Pacat" errr.. mnyampah gak kadang2 aku tngok. Haha. Emm maaf .
Pastu paksu suruh masuk dalam sungai. Beratur !!
Duduk semua !
"Dalam air ? Basahla nanti"
"Ala.. please laa"
Saya cakap duduk !
Baikla..
Anda semua didenda sebab tak dengar arahan dari awal tadi saya perhatikan.
Meniarap dalam air. Tepuk air guna dua2 tangan kena serentak ! Kalau tak kena tambah lagi denda.
Blablabla
Pastu kami kena lalu jalan air. Jalan jalan . Yang lelaki boleh berenang yang perempuan kena ikut jalan yang tepi2 . Means tempat tak dalam lah.
Pastu sampai kt kawasan paya tu dia suruh semua orang menyelam . Dalam air paya ! Busuk bau dia ! Seriously !! Aku ikutkan hajo lah. Kalau tak kena ketuk kepala dengan kayu oleh abang fasi. Haha. Taknak aku.

Then balik tempat kem.
Budak laki smua siap2 g solat jumaat. Yang perempuan boleh mandi kolam ! Yeayyy !
Petang tu aktiviti rentas halangan. Halangan dia mencabar lah jugak. Tapi yang paling mencabar ialah !! Kena masuk terowong sempit yang muat2 je dengan aku. Dah la orang depan kepada depan aku tu lambat gila. Ya ampun ! I cennot lah. Aku memang fobia tempat sempit dan gelap. Huwaaa. Aku tutup mata baca ayat kursi sambil merangkak dalam tu. Memang seram gila lah. Pastu terpegang benda lembik plus macam bulat. Erghh . Tak tahan ! Lambat lagi ke nak sampai weh ? Zaim ! Please faster ! Then he said kejap ! Terowong makin smpit ! Aku pun . Waaaa ! Takkanlah. Cepat please cepat . Macam nak mati rasanya. Aku pun jerit. Cepat !!!!!
Pastu zaim and yuni yg ada depan aku pun cepat2. And lastly ! Aku berjaya. Yeahh.
Dah boleh bernafas dengan tenang. Alhamdulillah.
Then berjalan mengikuti sungai. Yehet .
Pastu habis rentas halangan ada satu game beratur 10 org satu kumpulan pastu tangan kanan org depan kena pegang tangan kiri orang belakang. Kami kena alihkan gelung rotan tu dari belakang sampai depan. Yeay . Kumpulan kami menang . Ehehe.
Pastu yang laki pulak boleh mandi kolam. Perempuan membersihkan diri di bilik mandi aja .
Malam tu ada slot usrah .
Lepas solat isyak ada ceramah motivasi . Ada acara2 nangis semua. Emm emm. Part ni paling lemah sekali. Tak sempat lagi penceramah tu pasang lagu sedih aku dah nangis dah. Huwaaa. Biasala aku kan ratu air mata . Haha. Ceramah habis kul 12 lebih kot. Pastu masuk tido.
Esoknya tu !! Flying fox ! Yeay. Best2 . Kemain aku bersemangat. Pastu waktu dah sampai atas tu ketar2 lutut aku. Ei nak turun ke tak ni. Pastu bila tngok yuni terjun dengan yakinnya. Aku pun jadi berani . Nak digambarkan beraninya aku sampai pakcik tu baru je nak cakap suruh terjun aku pun terjun terus pastu  tergelincir dari bukit tu. Pastu ya allah tinggi nya ! Haha. Excited gila aku . Pastu dengar budak five Beta tepuk2 tangan "mekya mekya" haha. Semangat balik aku . Sampai kat bawah tu rasa macam nak naik sekali lagi je. Hehe.

Lepastu majlis penutup and then boleh balik !! Yeayyyy.

*maaf banyak jugak benda tak cerita sebab malas nak naip panjang2 sangat. Hehe.
Cerita habis.
Assalamualaikum.


Thanks for reading




Le'Boss

Hello Sweetie! you came to my blog! The place where I keep my memories I hope you enjoy the journey through my adventures
Purple Guest

Wish List

IPHONE
Camera
My Own Laptop
Someone To LOve
Tabung Simpanan

Follow Here

Credit

Template by Siti
Owner is Nadia Syamimi