A

HATI KENA SADO
Terima kasih kerana sudi singgah .
My Site
Facebook Twitter Tumblr Instagram
Purple Life. ♥

Purple symbolizes a person's self confidence and the miracle of life.

HOME OWNER FRIENDS DBOARD NEWER OLDER

Cuti vs Homework
Monday, December 1, 2014 - Permalink - 0 Comments
Assalamualaikum.

Long time tak mengupdate blog ni. Rindu sangat ! tapi ape boleh buat kesibukan serta masalah line internet selalu sahaja mengganggu diriku.

Kepada yang bergelar pelajar sekalian saya ingin mengucapkan Selamat bercuti walau sudah beberapa minggu cuti sekolah bermula. Ehh eh dah kenape macam formal sangat je aku menaip harini . Maklumlahh budak baru habis final exam beberapa minggu yang lepas. Haha.

Hmm.. Seperti yang diketahui oleh korang *bajet cam korang tau aje*  apabila masuknya tahun 2015 maka aku dan rakan2 batch 98 akan mula bertungkus-lumus untuk menghadapi exam SPM pada hujung tahun hadapan. Huwaa !! Takut plus sheramm nih.

Semoga kami dapat buat yang terbaik. Semoga aku dan rakan-rakan seperjuangan dapat menempuh peperiksaan yang sangat bermakna bagi kami ini dengan penuh yakin.

Okeyyy next, tahun ini tidak seperti tahun-tahun yang lalu . Kelainan amatlah dirasai oleh warga Petra 2 apabila Papa Ji a.k.a bekas PK1 dipindah keluar dari sekolah kami serta Puan pengetua kesayangan kami iaitu cikgu Mek Dah telah bersara beberapa bulan yang lepas. Selalunya waktu cuti akhir tahun batch yang akan menempuh peperiksaan besar akan ada Golden Holiday selama 2 minggu. Tapi tahun ni takde. Hmm. Tapi bila golden holiday takde cikgu menggantikannya dengan memberi homework yang banyak untuk kami siapkan. Setakat ni aku baru buat sikit je. Penat woi ! Naik lenguh tangan aku nak nyalin nota bab kena buat sinopsis novel bm bab demi bab. Banyak !! Huwa rase nak nangis ! *Over je -_-*

Apepon homework tu harus diteruskan sampai siap ! Aku target semua homework tu kena siap sebelum 20 haribulan 12 sebab lepas tu dah start nak jenjalan. Haha. Tahun ni bulan sebelas abah sangatlah busy dengan kursus tambah pulak ngan adik bongsu aku bersunat pulak lagi lah membataskan kami satu family nak berjalan. So kena tunggu adik aku sembuh dulu pastu baru syok jenjalan. Hehehe.

Next, cakap pasal nak SPM kann..
Takut ! Tu perasaan yang aku rasakan. Yelaa sebab peperiksaan ni yang menentukan arah tuju kita nak study kat mane lepas ni. Azam ? Haruslah nak belajar bersungguh-sungguh. Tengok pade result final exam aku ada yang down. Yang increase tu pun xnaik banyak.. Nak sedih pun tak boleh sebab sebelum exam tu aku banyak main-main. Duk rumah asyik ngadap fon aje. Tu yang jadi cemtu. Oleh sebab itu aku nekad membuat keputusan untuk tinggal di asrama tahun depan. Aku dah isi borang masuk asrama. Harap dapatlah. Korang doakan aku tau. Dengan keputusan yang aku buat ni , aku nak tetapkan hati aku yang aku takkan keluar dari asrama sampai lah habis exam tahun depan !! Sebab aku taknak ulang kesilapan yang aku pernah buat dalam hidup aku untuk kali kedua dan yang pasti aku menyesal sampai sekarang !

Dah taknak ingat benda dah lepas nanti tak pasal-pasal aku nangis tak berlagu kat sini . Hahaha.

Tahun 2014 mengajar aku untuk menjadi seorang wanita yang kuat dan tabah. Bangun daripada jatuh dan abaikan ape orang nak kata dekat kita. Ia juga mengajar aku untuk menjadi seorang yang bersabar. Kawan-kawanku, ingatlah kemanisan menunggu kita di akhir kesabaran kita. Jadi belajarlah untuk menjadi seorang yang bersabar. Alhamdulillah aku happy dengan hidup aku sekarang. Allah lebih mengetahui ape yang terbaik untuk kita :)

Rasanya dah panjang aku membebel ni. Sampai disini sahaja entry kali ini. Doakan aku dan rakan-rakan dapat buat yang terbaik untuk SPM tahun depan. Terima Kasih kerana sudi baca. Love all my readers. Hehehe.

#Batch98 #LovePetrarians #LoveScienceGirlsSchool #Lovemysweetheart #LoveMyfriend #Lovemyreaders  #LoveAll! Hehehe. Assalamualaiakum.

Thanks for reading




Le'Boss

Hello Sweetie! you came to my blog! The place where I keep my memories I hope you enjoy the journey through my adventures
Purple Guest

Wish List

IPHONE
Camera
My Own Laptop
Someone To LOve
Tabung Simpanan

Follow Here

Credit

Template by Siti
Owner is Nadia Syamimi