A

HATI KENA SADO
Terima kasih kerana sudi singgah .
My Site
Facebook Twitter Tumblr Instagram
Purple Life. ♥

Purple symbolizes a person's self confidence and the miracle of life.

HOME OWNER FRIENDS DBOARD NEWER OLDER

Abang ?
Monday, December 15, 2014 - Permalink - 0 Comments
Assalamualaikum.
Now dekat City View Hotel,Kuantan bersama family. Abah ada kursus kat sini. Kami saje je join sekali. Boleh jugak la jenjalan cuti ni. Kalau tak asyik duk rumah terperap dalam bilik aje . Makan, buat homework, baca novel, main phone, tido. Asyik ulang perkara yang sama aje cuti ni. Kalau rajin pun pagi2 aku ajak mak and adik-adik pergi jog. Saje la nk menghilangkan lemak2 yg dah berkurun melekat kat badan ni. Bhahahaha *Berkurun lah sangat*

Okeyh now, baru je habis baca novel Suamiku Paling Romantik. Aduh Ya Ampun !! Best sangat novel ni. Sweet gila kot suami dia . Hahaha. Tapi bukan suami dia yang nak di'highlight'kan di sini.
Yang aku nak cakap kat sini ialah dia ada abang yang so sweet gila. Memang biasa lah kan dalam novel cinta memang kebanyakan cite dia heroin dua beradik. Anak bongsu pastu ada abang yang protective gila sampai takde laki nak kacau adik dia. Uwah. Untunglaa.

Jadi aku pun macam wah bestnye bestnye !! Nak abang cemtu jugak ! Haha. Abang2 aku yang ade pon dah ramai tapi aku kurang rapat dengan diorang sebab semua dah besar2 . Jumpa pun setahun berapa kali je. Yela yang sulung and kedua dah ada family sendiri. The others three ade yang dah kerja and ada yang tengah belajar.

Waktu on the way ke Kuantan semalam mak aku cerita la waktu dulu-dulu.....
Aku kan anak perempuan sulung . Waktu kecik-kecik dulu memang aku lah yang paling disayangi oleh abag-abang aku. Semua jaga aku baik-baik. Pegi mana-mana ingat aku. Pastu waktu dulu tu abang sulung and kedua tu dah study kat U , kalau call mesti nak cakap dengan adik kesayangan diorang ni *bhahaha, happy je waktu mak cite semalam*.. TAPI !!! Bila dapat lagi tiga orang adik dah tak jadi adik kesayangan diorang la... Kasih sayang abang-abang aku sudah pun dibahagi kepada adik-adik aku jugak ! Mereka merampas kasih sayang abang-abang aku . Huwaa !! Sedih. Hahahahahaha. Kalau tak boleh aku feeling2 macam dalam cite Awan Dania tu. Dimanjakan oleh abang-abang dia. Hihi.

Dah lah , malas nak berangan lebih2 nanti sakit hati sebab kadang-kadang angan-angan aku memang pelik2. Jadi sebelum angan-angan menjadi semakin pelik lebih baik aku mengundurkan diri aku .


FAKHRUL ARIFF ! Nanti saya cite kat awak ye Novel Suamiku Paling Romantik ni. Harap maaf kalau tak boleh nak cerita full sebab novel ni tebal sangat !! Sampai ada part yang saya lupa. Hehe. Myanhae .

Baiklah sampai disini sahaja entry kali ni. Jap lagi nak sambung buat homework BM yang banyak lagi tu !! Aaaaa tidak ! Cuti dah nak habis ni ! Takut tak sempat pulak . Kk baii . Assalamualaikum semua. Terima kasih kerana sudi membaca belog ini. :)

Thanks for reading




Le'Boss

Hello Sweetie! you came to my blog! The place where I keep my memories I hope you enjoy the journey through my adventures
Purple Guest

Wish List

IPHONE
Camera
My Own Laptop
Someone To LOve
Tabung Simpanan

Follow Here

Credit

Template by Siti
Owner is Nadia Syamimi