A

HATI KENA SADO
Terima kasih kerana sudi singgah .
My Site
Facebook Twitter Tumblr Instagram
Purple Life. ♥

Purple symbolizes a person's self confidence and the miracle of life.

HOME OWNER FRIENDS DBOARD NEWER OLDER

Katak !!
Wednesday, September 24, 2014 - Permalink - 0 Comments
Assalamualaikum .
Nampak tak tajuk atas tu ? Haa . Harini I olls nk cerita pasal katak dekat U olls. Eh2 , ini bukan katak yang dalam lagu Encik Mimpi tu.. Haaa .. begini ceritanya.

Semalam budak kelas aku buat eksperimen bedah katak tau . Eksperimen ni kena buat sebab dalam subjek biologi, kitorang belajar bab respirasi . So respirasi katak ni salah satunya yang kitorang belajar.

Mula2 tu Cikgu cakap nak buat hari Selasa. Lepastu ada beberapa orang budak yang pergi camping peringkat negeri mintak dengan cikgu suruh tangguhkan. So cikgu cakap tak jadi la nak bedah katak . Tapi maklumat tu tak sampai dekat budak lelaki.. Si budak lelaki kelas aku pun membawa katak ke sekolah pada hari Selasa tu dengan excited nya. Maka cikgu pun membuat keputusan untuk meneruskan pembedahan katak itu.

Mula2 masa pagi tu budak lelaki sibuk je kenakan budak perempuan . Yang jenis geli dengan katak tu ape lagi ? Menjerit jerit lah . Dani pulak ambik katak yang dia letak dalam plastik then letak dekat aku . Aku ? Chill je . Aku tak geli pun dengan katak. Ceh..

Then waktu pembedahan tu pembantu makmal letak ape ntah kasi katak tu pengsan.. Makanya pembedahan bermula. Bedah katak , then belek2 organ dalamannya .  Yang group aku punya habis organ2 katak tu dikeluarkan . Last2 tinggal kulit dan tulang je.

Pembedahan tu mengambil masa sejam lebih . Okey dah lama sangat mengadap katak tu aku dah mula rasa pening2 . Rasa nak muntah. Aiyooo. Aku and Syana pun cepat2 kemas alat2 yg group kami gunakan . Dah siap semua kami duduk je kat tempat kami . Sementara itu group2 lain masih lagi membelek organ katak..

Haish.. balik rumah petang tu dah rasa tak sihat dah . Rasa nak muntah . Tak larat nak bangun . Petang tu memang aku tido je. Malam pulak aku menggagahkan diri untuk ke kelas Addmath. Tak nak tinggal kelas Addmath sebab cikgu nak ajar tajuk baru.. Hee. Lepastu masa kat kelas tusyen tu aku tengok muka syana pucat gila ! Aku pun senyap je masa tu . Yuni pulak tanya kitorang . Kenapa muka macam ni dua org ni . Lepas bedah katak memang macam ni ea ? Geli ke bedah katak ?

'Tak geli pun , cuma teringat ingat je katak tadi .. huu"

Demam2 pun I olls tetap pergi sekolah tau . Hehe .

Pagi tadi elok je aku buat bising dalam kelas .

Dani tanya "kau ni dah sihat ke? Semalam bukan main mengadu dekat aku. "

Aku " Dah sihat dah .. Aku kalau demam memang kejap je. Maklumlah . Aku kan kuat.. hahaha"

Dani pun macam -_-

Haha.

*sekarang dah okey cuma kalau orang duk tanya pasal katak tu je aku akan rasa macam nak muntah..  hehe

Okey dah habis cerita.
Whatever keadaan aku lepas pembedahan katak tu . Aku tetap happy sebab dapat pengalaman baru . Dapat tengok sendiri macam mana bentuk organ katak .  :)

* Gambar takde sebab takde orang pun yang bawak camera semalam. Camera man kelas kitorang pergi camping.

Thanks for reading




Le'Boss

Hello Sweetie! you came to my blog! The place where I keep my memories I hope you enjoy the journey through my adventures
Purple Guest

Wish List

IPHONE
Camera
My Own Laptop
Someone To LOve
Tabung Simpanan

Follow Here

Credit

Template by Siti
Owner is Nadia Syamimi