A

HATI KENA SADO
Terima kasih kerana sudi singgah .
My Site
Facebook Twitter Tumblr Instagram
Purple Life. ♥

Purple symbolizes a person's self confidence and the miracle of life.

HOME OWNER FRIENDS DBOARD NEWER OLDER

Impian Hidupku
Wednesday, September 3, 2014 - Permalink - 4 Comments
Assalamualaikum.
Today terasa macam nak share pasal impian hidup aku pulak . Hehe.

Me ?
 Nadia Syamimi Mat. The person yang suka sangat berangan ! Macam-macam benda yang aku angankan . Pantang ada masa free , berangan aje kerjanya . Hehe. Tambah-tambah kalau ada orang nak join berangan sekali dengan aku lagi syok ! Haha. Orang tu sape lagi kalau bukan Dani . My best friend.

Ada lah satu hari tu kan , kami bosan gila . Jadinya kami pun sama-sama berangan . Haha.
"Bila dah besar nanti an harap-harap lah dapat study oversea sama-sama. Lepastu sama-sama dapat jadi doktor. Then kita balik Malaysia buka klinik sama-sama lepastu dah kaya boleh lah buat rumah banglo yang besar punye ! Pastikan rumah kau sebelah rumah aku sebab nanti kalau ada masalah boleh lah kita cerita-cerita . Satu lagi sebab ialah , senang lah kita bergosip petang-petang hari.. " Banyak lah kau punya gosip !! Haha . Yelah Dani , harap-harap tercapai lah impian kita ni kan.

Sebenarnya yang kat atas tu hanya sisipan sahaja . Entry kali ni adalah mengenai impian hidup aku . Yes ! Sejak kecil aku mengimpikan semua ni . And semua impian ini jugalah merupakan salah satu pendorong semangat aku untuk mengejar cita-cita aku.

1. Aku nak travel around the world 
Salah satu sebabnya ialah aku nak meneroka alam ciptaan Allah yang sangat cantik dan menenangkan ini. Aku nak tengok keunikan sesuatu tempat. Aku nak mengembara satu dunia . Nak release tension . Nak cuba sesuatu yang baru. Nak dapat pengalaman yang baru.  Nak semua lah !

2. Aku nak jadi pengumpul bahan bacaan
Well , memang sekarang pun aku merupakan seorang penggemar novel . Asal cukup bulan je mesti nak beli novel baru. Hehe . TAPI impian aku lagi besar tau ! Aku nak kumpul pelbagai bahan bacaan yang berguna dan kalau aku baca aku akan dapat tahu banyak benda baru . Aku nak buat perpustakaan aku sendiri . Yang pasti akan ada keunikan tersendiri dalam perpustakaan aku tu. Hehehe. 

3. Aku nak ada sebuah banglo mewah yang cantik !!
Aku suka sangat tengok Program Tv yang Anita Sarawak jadi pengacara tu . Ape nama tu ? Haaa Astana tak silap aku . Yang macam dia pergi rumah orang kaya-kaya . Lepastu tunjuk persekitaran rumah diorang. Wah !! Cantiknya hai rumah diorang. Nak macam tu jugak. Sejujurnya dulu aku pernah bercita-cita nak jadi interior designer macam Eric Leong *Atas takde rambut bawah ada janggut tu* sebabnya aku minat benda-benda macam ni. Aku nak design rumah aku sendiri nanti. Hehe. By hook or by crook aku nak rumah mewah yang canggih dan ada keunikan sendiri ! Nak jugak ! Nak jugak ! Fullstop. 

4. Aku nak bukak kedai kek 
Hahaha. Yang ni macam lawak sikit lah sebabnya. Aku nak buka kedai kek ni sebab aku suka tengok orang buat kek . Aku suka baca resepi-resepi kek kat internet but the problem is ! My mum tak kasi aku buat kek . Dia cakap aku tak reti nak buat kek :( Sodih tauu. So, aku pun mula lah berangan nak buka kedai kek sebab aku nak tunjuk dekat mak aku yang aku pandai buat kek. Hehehe. Ni angan-angan aku masa kecik-kecik dulu la.

5. Aku nak jadi fashionista 
Aku memang minat pasal fesyen. Aku suka tengok perkembangan fesyen . Aku tahu tentang fesyen terkini. TAPI aku ada masalah. Masalahnya ialah when i went for a shopping aku tak jumpa size yang sesuai untuk aku . So , baju aku akan jadi ketat kalau aku pilih saiz yang kecik and baju tu akan jadi besar sangat-sangat kalau aku beli saiz besar . What i mean is aku takde saiz yang spesifik. Haa macam tu. Lagi lah tak cantik bila aku  ni sedikit gemuk . Waa. Makan banyak ! Hahaha. Dah . Nak start diet dah ni :P

Sampai disini sahajalah coretanku . Nanti lain kali aku sambung lagi aku punya angan-angan ea ? Hehe . Ni semua aku berangan waktu kecik-kecik dulu. Sekarang aku dah tetapkan cita-cita aku . Aku nak jadi doktor ! Yeyy ! Semoga tercapailah cita-cita aku ni . 

Jumpa lagi di next entry. Terima kasih kerana sudi membaca .
Assalamualaikum :)



Thanks for reading




Le'Boss

Hello Sweetie! you came to my blog! The place where I keep my memories I hope you enjoy the journey through my adventures
Purple Guest

Wish List

IPHONE
Camera
My Own Laptop
Someone To LOve
Tabung Simpanan

Follow Here

Credit

Template by Siti
Owner is Nadia Syamimi