A

HATI KENA SADO
Terima kasih kerana sudi singgah .
My Site
Facebook Twitter Tumblr Instagram
Purple Life. ♥

Purple symbolizes a person's self confidence and the miracle of life.

HOME OWNER FRIENDS DBOARD NEWER OLDER

Kekeliruan *part 3*
Tuesday, April 1, 2014 - Permalink - 7 Comments
Last day at SGS before Holidayy .
Hari Jumaat .
Orang yang balik dengan pengangkutan awam dibenarkan pulang awal . That's mean mereka dibenarkan pulang sebelum habis waktu persekolahan iaitu pada pukul 12.30 tengahari .
Disebabkan parents aku nk datang ambik aku masa tu aku pun kena la balik lepas waktu persekolahan. Hukk alohhh . Haha.

Okey , menunggu pukul 12.30 is too long ! Lama gila weyy . Aku dan the other students yg parents nak datang ambik  tu menunggu jam 12.30 dengan penuh sabar . Hmm nak buat ape ekk ? Bosan gila siott. Cikgu pun tak masuk kelas haritu . Disebabkan kebosanan melanda hidup kami pada hari itu maka kami pun mula membuat pelbagai aktiviti . Ada yang meronda-ronda kawasan sekolah. Ada yang bukak kelab "bual" . Ade yg baca novel . Ade yg ber"selfie" and ade jugak yang main "silent killer". Aku ? Aku hanya menjadi pemerhati sahaja .

Jam menunjukkan pukul 12.00 tengahari .
Maka aku pun sibuk mengemaskan buku2 teks serta file aku untuk dibawa balik .
Then , ade kawan aku tego .
"Wey Nik ! Kau kenape bawak balik semua buku teks ? Kau nak balik terus ke ape ni ?"
"A'ah . Memang aku nak balik terus pun"
Maka satu kelas pun datang ke tempat aku ..
"Wey Nik ! Kau serius ke weh ?Wey jangan la pindah . Kau dah fikir betul2 ke Nik ? Eh, nanti kalau kau balik sekolah lame kau , kau yakin ke kau boleh catch up pelajaran dekat sana nanti ? Cikgu dekat sekolah harian biasa selalunye mengajar cepat. Nanti kalau kau balik sana ntah2 diorang dah bab 7 , bab 8 . Haa macam mana ?Fikir betul-betul Nik"
Aku pun macam .."errr , ntah la . Aku dekat sini pun xleh nk catch up . Aku tak faham kalau cikgu mengajar dalam bahasa inggeris. Aku stress duk sini"
"Hmm , suka hati kau la Nik . Tapi satu je aku nak cakap . Kau FIKIR MASAK-MASAK okey ? Keputusan semua kau yg perlu buat . Kitorang xleh pakse kau .bla..bla..bla"

Okey jujur aku cakap dalam fikiran aku masa tu AKU NAK PINDAH je .

Cuti bermula
Abah suruh fikir baik-baik sebelum aku buat keputusan.

Fikiran aku bercelaru . Aku stress . Aku malas nak fikir banyak2 maka aku pun buat kputusan untuk pindah ke syp 2 kembali .

28.3.2014
Parents aku pergi ambik surat pindah . KK diriku sudah tiada peluang untuk masuk ke SGS lagi.

Hari Sabtu *hari last cuti*
Aku mimpi . Dalam mimpi tu aku menyesal sebab pindah SYP 2 .
Maka aku pun mula berfikir . Okey , serius memang aku menyesal ..

Hari Ahad *sekolah dah bukak*
Aku pergi ke SMKSYP2 . Orang semua pakat duk tnye . Kenape pindah balik ? Kenape ? Kenape ? Why ? Why ? Aku pun jemu dah nak menjawab .
Apabila kembalinya aku ke Petra 2 maka ada dua penerimaan mereka terhadap aku .

1. Penerimaan Posotif .
"EH ya !! Rindu nyo aku ko mg !" Siap datang peluk aku lagii .
"Welcome back ya !" :D
"Ya !!! " :)

2.Penerimaan negatif
"Wuuu , ada budak baru la . Budak seremban woi !! " *nampak tak ayat menganjing dia ?
"Dia ni sehari je pergi Sbp lepas tu balik sini balik . Huhhh -,- " Mana ada sehari Sebulan la woi !!
Terasa maruah gua diinjak-injak disini .
Yang lain tu banyak lagii .. Malas nak cite kt sini . Benda negatif malas nk difikir sangat . Semakin difikir semakin stress diriku .

Disebabkan negatifnya manusia disini maka diriku terasa seperti aku sudah tidak diperlukan disini.
Aku menjadi seorang yang pendiam. Aku jadi blurr . Kadang2 aku rasa perangai aku tibe2 menggilaa. Uwaahhhh.

Hmm .. Seriously aku cakap ,
"AKU MEMANG MENYESAL BALIK KE SMKSYP 2 !!"

Satu kata2 yg paling aku ingat skali . Kata2 motivasi yang aku dapat semasa program "Sesi Dialog bersama THE PIONEER OF SASER" 

"I beg you all ! Please !! Please !! Don't go back to your old school . Kalau you all balik , semuanya takkan kembali kepada asal . Situasi akan berubah . Mungkin you all akan dipandang rendah . Just stay here girls. You are the Pioneers of Science Girls School ! You all yang akan menaikkan nama SGS . Matlamat you all ialah You want to be The Best school at Malaysia . You nak skolah you all dapat first ranking untuk SPM 2015 . Semua ni bergantung kepada you all . Trust me . Nothing same if you go back to your old school . You all just need to stay here. Enjoy your life here. At SGS ! Lakarkan kenangan anda disini ! Di Science Girls School ! You are the pioneers. Selalunya yang pertama itu yang dikenang-kenang.... "

Tapi aku degil kan ? Aku nak balik jugak . Dan terbukti ! Kata2 abang Syam tu tepat sekali. Sekarang ape guna aku sesalkan perkara yang dah lepas ? Takde guna kan ? Hmmm ..

Balik ke petra 2 . Dulu aku merupakan seorang pelajar yang aktif dalam sukan . Lepas aku balik ni aku dah tak diperlukan untuk mewakili sekolah or else. Kk xpe . I've made my decision . Aku taknak main netball and volleyball tahun ni . Korang nak main , mainlah . Aku dah malas nak kesah pasal semua tu .

"Kita kalau tak aktif ape2 pun takpe but we just need to be an intelligent person . Kalau kita bijak orang akan cari kita. Percaya la cakap aku niii... "-Amira *kawan at SGS*

Now ! I just need to focus for my study . Lupekan tentang benda yang tak penting .
Aku nak straight A plus ! Aku nak buktikan yang aku boleh buat !

"Jangan menunggu boleh, baru melakukan, tapi lakukanlah! Maka kamu pasti boleh!"

"Never do the same mistake" My mistake is kembali ke petra 2 . Tu je .

So , nasihat gua untuk adik2 yang akan pergi ke mana2 asrama penuh atau MRSM pada tahun2 akan datang . Please ! Kalau korang dah pergi sana , bila korang dah mendaftr sebagai salah seorang pelajar di SBP or MRSM .. Please ! I beg you ! Please ! JANGAN PERNAH BALIK ! Double triple No ! 

"Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih . " Peribahasa ni sangat sesuai untuk adik2 bila ada terlintas dalam kepala hendak balik ke sekolah harian biasa . Macam mana teruknye life dekat sana . Just enjoy yourself dik ! 

"Kadang-kadang perkara yang kita fikir teruk dan susah pada waktu sekarang adalah perkara yang trbaik untuk masa depan kita " -Umie 

# Miss all the pioneers Of SGS . # Miss umie # Miss semua warga Sekolah Menegah Sains Perempuan Seremban  #Miss to hear my friends call me NIK NAD ! #I will keep all the sweet and tough moment at Sgs in my mind 
#love SGS

-The End-
#NADIASYAMIMIMAT# 


Thanks for reading




Le'Boss

Hello Sweetie! you came to my blog! The place where I keep my memories I hope you enjoy the journey through my adventures
Purple Guest

Wish List

IPHONE
Camera
My Own Laptop
Someone To LOve
Tabung Simpanan

Follow Here

Credit

Template by Siti
Owner is Nadia Syamimi