A

HATI KENA SADO
Terima kasih kerana sudi singgah .
My Site
Facebook Twitter Tumblr Instagram
Purple Life. ♥

Purple symbolizes a person's self confidence and the miracle of life.

HOME OWNER FRIENDS DBOARD NEWER OLDER

Just to Miss them :)
Friday, April 18, 2014 - Permalink - 0 Comments




Assalamualaikum :D


Geng Astana 2




Ketua Dorm .
Orang yang paling rapat dengan aku . Kalau nak tukar duit syiling untuk menelefon memang dia ni la yang aku cari . Haha. Every day , setiap kali waktu riadah memang dia ni la teman aku . Teman bermain bola keranjang. Haa , dia ni hebat tauu . Then, aku tengok dia ni takde la kuat sangat study TAPI !! Otak dia bijak woo . Bio , kimia semua dia boleh cerita satu2 la . Aish , jeles aku tau !
-Lydia Sorfina-



Yang pakai spec tu kitorang panggil akak fasi or pramugari tercantik. Aku pun tak tahu macam mana boleh gelaran tu wujud . Ni semua amira la yg start dulu . Hehe . Badan dia kurus macam model u ! Wah.
Dia and Azi the person who always tnye kami semua "Sape ade makanan ? Aku lapar la"
Maka aku pun pergi la dekat loker untuk ambik makanan yang berlambak dalam loker aku yang masih belum diusik . "Nik .. Nik nak bagi kitorang makanan ke?"
Aku : A'ah . Ambik la ni..
Lepas aku cakap macam ni , makan dia and Azi pun berlari-lari datang dekat katil aku , berebut-rebut diorang . Haha . Ini lawak . Dengan reaksi muka diorang . Dengan cara diorang cakap semua tu . Serius ,  Effa and Azi lawak gila. Hehe
Gamba Azi takde la . Fb dia masih tidak dapat dikesan. :(
-Effa Natasha-

The next girl is Chipann . Classmate aku . Merupakan radio bergerak dalam dorm kami. Haha . Dia ni suka sangat menyanyi . Tapi !! Suara dia sedap weii .. Serius tak tipu . Huu . Rindu nak denga dia nyanyi dekat dorm. Budak ni bijakk . Kampung dia kat Kelantan. Hehe. So , kalau cuti sekolah dia balik Kelantan boleh la jumpe ek ? Hehe. Opss lupa nak cakap . Gelaran chipann tu wujud sebab dari awal lagi dia yg suruh panggil cenggitu . Aku ade tnye dia knape Chipann ? Kenape tak izzati ke shafinaz ke ? Kenape ? Cer explain .

"Okeyy , nama chipann bermula asalnya daripada itazzi . Ada suatu hari ni kitorang main terbalik2 kan nama . Nama aku izzati , bila diterbalikkan jadi itazzi . Mula2 kawan2 aku panggil itazzi . Lama2 berubah jadi chipann"
Haa. Tulaa yang dia bagitau aku .
-Izzati Shafinaz-





This is akak Bada "Badan Dakwah". Kitorang juga panggil dia Doraemon sebab dia ni cute sangat . Dia punya perwatakan pun comel je .Hihi . Tapi sekali dia ceramah .. Memang perghh arr . Orang lain memang xleh bukak mulut la .

"Tolong la. Aku merayu dekat korang . Tolong la jangan kaple. Tak baik . Dosaa... Bla bla bla. Tak sempat nak ingt . Hehe.."

Dia ni pulak kalau aku mintak nak tukar syiling . Dia cakap . Eh tak payah tukar . Ambik je terus. Takpe2 ..
Haa. Dia ni baik hatii .
-Anis Nadiah-



Yang ni budak bijak sejarah. Dia boleh cerita satu2 yang ada dalam buku teks sejarah tu. Memang perghh la.  Dia ni jugak la yang bagi gelaran dekat budak2 astana dua ni . Yang Akak fasi . Pramugari . Akak Bada. Haaa . Tu semua keja dia ni la . Hehe . Effa , Amira and Azi . Tiga orang ni satu geng . 3 orang ni jugak la yang paling bising dekat dorm kami. Tapi yang bising2 ni la yang menghiburkan hati kami :)
-Amira Azira-



Budak Pahang . Rajin sangat buat short note. Orangnya pendiam . Baik hati . Note2 aku kebanyakannya aku salin yang dia punya la . Hehe . Takde benda sangat nak crita pasal dia sebab dia pendiam .
-Aimi Farina-


Note !!
Aku ni jenis orang yang kena tego aku dulu . Kalau orang pendiam , maka aku pun jadi pendiam la. Kalau orang banyak cakap dengan aku maka aku pun jadi banyak cakap jugak la . Hehe .So, korang2 yang baru kenal aku tu rajin2 lah menegur aku . Baru la korang tau the real me . Aku tak sombong okey ? *aku tau ramai yg ckp aku sombong sebab aku ni kurang senyum . Kalau terjumpa aku dekat sekolah pun aku jalan pandang depan je . Tak tngok orang dah. Haha .
Kesah pulak aku kalau orang nak cakap aku sombong ? Haha .




Okey . The last one. Dalina Puteri Aripin . Orang yang paaling paaling rapat dengan aku . Merupakan cikgu aku time waktu prep . Dia baik gila . Kalau aku tak paham subjek bio or kimia dia akan explain kan . Dia akan translate kan satu2 english note tu kpada bahasa melayu . English aku takde la teruk sangat dalina oii. Hehe . Addmath pun dia yang tolong aku . Kalau dia xleh buat barulah kitorang tanye si Lydia ketua Dorm tadi tu . Kalau ada masalah aku memang akan cerita dekat dia la . And then dia pun nasihat aku .
Dia cakap aku degil . Dia cakap aku childish . Haha . Ap mau buat ? Terima je laa .
Time aku nangis dia gosok kepala aku . Aku tnye kenape pulak gosok kepala aku ? Then dia cakap . "Sebabb .. Fikiran awak tengah serabut ni."

Gaya dia tu macam dia tengah gosok bulu kucing kesayangan dia dekat rumah dia. Hehe .
Rindu awak Put !
*Puteri tu yang paling kecikk skali dalam pic atas ni . Jenuh aku cari gamba dia sorang2 . Xde . Last2 jumpa pic dia ngan adik-beradik dia. Dah jumpa yang ni rembatt je la . Hehehe

Habis..
Acctually ahli dorm Astana 2 ada 12 orang termasuk aku . Tapi yang kat atas tu je aku jumpe . Yang lain masih dalam misi menjejaki fb dan twitter diorang . Hehe .

*Sorry tau korang aku amik picture korang tanpa mintak izin . Mengharap sangat korang baca entry ni :)

Ahli2 Astana TWO
Aku lyd put alia aimi azi effa mira chipan anis rai airen :D

Nickname at SGS

Nik - Memang 98% panggil aku Nik dekat sana
Nad- Bermula drpda si Lydia. Dia malas nak panggil nama aku panjang2 . Then dia panggil aku Nad. Budak2 dorm panggil aku Nad.
Nik Nad - Disebabkan depa confuse nama aku Nik ke Nad ? Last2 jadi la Nik Nad. Hehe
Nid - Lahirnya nama Nid ni daripada Chipann .
"Eh confuse la aku nak panggil ko ape . Banyak sangatt nama ko. Macam ni la . Aku panggil ko Nid la. Boleh tak ? "
Aku : Eh ? Nid ? Ape tu ?
"Nid ni gabungan nama NIK NAD .. Maka lahirlah NID.. Haa . Bijak kan aku ?"
Aku : Haha . Yelaa Chipann :)
Kak Nik:  Haa . Yang ni takde keje orang lain ni . Ni keje Kakteh la ni . Kawan satu negeri kt sana. Hehe. Asal jumpa je mesti dia panggil aku Kak Nik . Haha .

Kadang-kadang rasa rindu sangat dekat diorang tapi apa mau buat , semua benda dah terjadi . Aku tetap perlu meneruskan hidup di sini . Di Petra 2 . Semoga aku dapat membanggakan parents aku sekali lagi pada tahun 2016 nanti :D Really hope that !
*say nehi to kembali kepada hidup lama .. Same situation yg sebelum ni. From Petra 2 to SGS then came back to Petra 2 . Say Nehi ! No ! No !
Now , Aku blajar untuk teruskan hidup walau dimana aku berada.

#Suatu keterpaksaan lama2 akan berubah menjadi kerelaan hati :D Aku ingat ayat Kak Teh ni  :)


Thanks for reading




Le'Boss

Hello Sweetie! you came to my blog! The place where I keep my memories I hope you enjoy the journey through my adventures
Purple Guest

Wish List

IPHONE
Camera
My Own Laptop
Someone To LOve
Tabung Simpanan

Follow Here

Credit

Template by Siti
Owner is Nadia Syamimi