A

HATI KENA SADO
Terima kasih kerana sudi singgah .
My Site
Facebook Twitter Tumblr Instagram
Purple Life. ♥

Purple symbolizes a person's self confidence and the miracle of life.

HOME OWNER FRIENDS DBOARD NEWER OLDER

Study ke ?
Thursday, December 19, 2013 - Permalink - 0 Comments
Haloo readers ! Assalamualaikum.
Di pagi yang tak berapa nak pagi ni aku nak cerita pasal hidup aku sepanjang tahun ini.

Bermulanya tahun 2013 . 
Ini bermakna aku sudah menjadi pelajar tingkatan 3 di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yahya Petra (2). Ini juga bermakna aku akan ambik exam PMR pada tahun ini.

Awal tahun 
Hidup aku penuh dengan bermain dan main-main . Bukan aku je tau . Boleh dikatakan hampir semua pelajar batch 98 sekolah aku macam tu pada awal tahun. Yela , kan exam lambat lagi. Kitorang enjoy la dulu mula-mula tu . Hehe .
 Seperti tahun-tahun yang lepas. Awal tahun tu aktiviti harian aku ialah menghadiri latihan bola tampar di petang hari. So maknanya malam la baru boleh study kan ? Malam tu pulak bukannya study pun sebenarnya. Boleh dikatakan malam tu aku buat semua homework yang bertimbun depan tv jerk .*Tv tu mesti tak tinggal kan . Haha.

Then, kalau dekat sekolah pulak tak pernah pulak aku nak serius time belajar  . Asyik2 tido je kalau masuk kelas PAI a.k.a kelas Agama Islam . Kalau time takde cikgu pulak dah tentu-tentu nya aku akan pergi melepak dikelas sebelah . Haha. Tengokla , betapa teruknya perangai aku dulu .
Kalau masa subjek mat , aku memang akan duk diam and focus betul2 . Aku ni jenis mudah faham ape yang diajar tapi bila cikgu suruh buat latihan memang jadi blur terus . So, untuk mengelakkan perkara ini daripada terjadi maka aku akan tanya Cik sabrina and Cik Fatin Syamimi. Diorang ni memang terror la matematik . So, aku sangat berterima kasih kepada dua orang kawan aku ni atas tunjuk ajar yang diberikan. Jasamu amat kuhargai. Terima kasih banyak-banyak :)

Untuk subjek2 lain pula. Aku banyak dibantu oleh Fatin Zulaikha, Nur Adibah , Najah Farahin, Yasmina parveen, Idayu , fiqa . Semua la . Kalau nk sebut satu-satu memang panjang berjela la entry ni . Hehe .

Okey next , bulan Mei datang. Semua orang dah start jadi rajin dan berubah jadi baik .
Buat solat hajat and dhuha hari-hari di sekolah . Sanggup tak pergi makan . *Masa rehat kejap sangat la. Mohon dipanjangkan sedikit . Hehe*

Sebulan sebelum exam.
Kelas tambahan giat dijalankan . Hehe . Pagi pukul 6.30 kena sampai dekat sekolah dah . Then pukul 2.30 habis sekolah . Kami pergi solat berjemaah dekat surau sekolah then kena stay back sampai pukul 5 lebih *kadang-kadang sebelum pukul 5 pun aku dan geng2 aku dah cau . Haha .
Then. Balik rumah . rehat. Lepastu malam tu ada kelas tambahan lagi . Hari jumaat and sabtu orang lain cuti kami ada kelas tambahan . Memang sebulan tu takde cuti la bagi kami. Tapi time last tu kami dah tak belajar ikut kelas la . Semua campur lima2 kelas . Belajar dekat kantin . Tapi serius aku kata. Time tu geng2 aku je yang kurang bersungguh-sungguh lagi . Masih lagi main-main.
 Sampai ada sekali tu puan pengetua cakap ,

"Dalam banyak-banyak batch. Batch 98 la paling cool sekali.Jadi macam cerita hindustan.'Jenis hero tok gaduh' bilo tok tahu nok khabar." 

Bla.bla.bla . Puan pengetua tu macam ibu angkat kami dah . Pengetua sekolah kami merupakan pengetua paling awesome di dunia . Hehe. Sayang ibu angkat kami ketat-ketat . 

Seminggu sebelum exam, 
Aku dan bestie aku *p-qah* baru start study. Petang-petang study sama-sama. Tu pun study kejap je. Wakaka. Kami ni memang xleh study lama-lama nanti pening. So, untuk menghilangkan kepeningan itu kami pergi jalan-jalan . Menghirup udara segar kata bestie aku. Setiap petang kami akan pergi beli ais blend di kedai 'Kak Ita' iaitu kedai Mi sup tersohor di kampung kubang lebur. Hehe
Lepas tu , aku dan p-qah akan melepak di depan rumah p-qah. Macam-macam benda yang dibualkan.. Kami kalau tak jumpa sehari pun memang macam-macam cerita yang nak di share sama-sama. Hehe . Yang paling tak tahan sekali , semua yang kami bualkan tu takde pun pasal pelajaran. Bagi kami , time belajar kami main-main . Time melepak , jangan disebut pasal belajar okey ? Bikin stress je weyh. hehe. Korang nak tahu ? Result kami sentiasa sama weyh. Percubaan UPSR , UPSR sebenar , Percubaan PMR and PMR sebenar selalu je sama . Nak kata kami meniru tu memang tak la . Kami kelas lain-lain.  Hehe . *Nampak tak betapa serasi dan rapatnye kami ? Jangan jeles tau. Hehe Tapi, serius aku cakap ramai kawan-kawan sekolah kami jeles tau. Yela, diorang mana ada kawan yang serapat kami . Hehe. 

Minggu exam .
Okey, start runsing dah. Tapi Petang-petang masih lagi melepak. Petang masa untuk melepak , malam masa untuk belajar. Tapi masa ni kami dah kurangkan masa melepak kami. Kami luangkan masa bersama-sama . Habis satu kampung kami pusing pergi cari soalan spot. Hehe. Serius rindu moment tu. Masa ni semua soalan spot kami buat bersama-sama. Untuk subjek agama islam kami sama-sama menghafal. Semua sama-sama la. Korang tahu ? Minggu exam tu ,  pukul 10 malam baru aku balik rumah. Thanks to my beloved sister sebab sudi menghantar dan menjemput aku pulang ke rumah walaupun kadang-kadang tu kena kasi upah. Hehe. Tak kisah pun pasal upah tu . Semua sebab nak straight A kan ? Tapi kalau dia taknak ambik pun aku kisah ape ? Aku bermalam je dekat rumah family angkat aku tu. Hehe . Nasib baik abang p-qah tu duk kat kl. Kalau tak memang segan jugak la aku kan ? Tapi abang dia tu pun sama gila je dengan p-qah . Perangai 2 kali 5 je. Dah jadi suami orang dah pun . Whoa. Tahniah to abang ijat . Hehe . 
Memang masa minggu exam ni la kami study bersungguh-sungguh. Semua soalan spot kami buat . Semua tajuk-tajuk yang orang bagi kami baca balik. Buat revision sama-sama. Jawab soalan sama-sama. Aaa ! Rindu saat tu . 
Then, setiap pukul 10 malam kami akan duduk luar rumah p-qah sambil menunggu adik aku datang ambik. Dengar lagu sama-sama. Sambung balik berbual-bual. Hehe. 

Korang tahu ? Ayah p-qah tu dah bersara dah. Setiap kali sebelum masuk exam and masa nak rehat sebelum next paper tu dia akan datang la . Dia tunggu dekat kantin. Dia dah macam ayah kandung aku dah. Dia sporting gila weyh . Setiap hari rabu kami sama-sama pergi pasar malam.Semua pasar la kami jelajahi. Pasar malam Ahad, pasar malam rabu , pasar pagi . Semua kami pergi . Dan orang yang baik hati menjadi pemandu tak berbayar kami itu ialah Pak Long a.k.a ayah p-qah. Hehe. 

Dia la yang memenangkan aku time aku masam je bila keluar dewan masa paper math haritu.  Ya allah, rindu sangat time tu. 

And semalam ! Result keluar . Kami sama-sama dapat straight A ! Cuma yang sedihnya , p-qah tak dapat balik . Dia duk kl lagi semalam . Aku pergi ambik result dengan ira je.  81 orang straight A sekolah aku. Dan orang-orang yang mendapat straight A tu ialah orang yang selalu main-main and buat bising time kelas tambahan and orang-orang itu ialah geng-geng aku ! Hehe. Alhamdulillah. Serius tak sangka dapat straight A . 

Untuk adik-adik  yang bakal ambik exam UPSR tahun depan akak nak nasihat sikit ni . Adik-adik , kalau nak study . Study awal-awal tau . Jangan la tiru cara akak and kawan-kawan akak punya study ni ye. Bahaya dik . Last minute baru nak push . Memang akan stress la time tu dik. So, adik-adik belajar dari awal tau . Tapi dalam belajar tu kena la ada jugak masa untuk rehat. Buat je ape-ape benda yang dapat merehatkan minda . Ada paham adik-adik ? 
"Pahamm akak !!"  Haa. Bagus . Good ! Dapat straight A tahun depan tau ! Hehe. 

Okey la readers *bajet macam ramai je orang sudi baca blog aku.* wakakaka. 
Aku ingin mengundur diri. Andai ada salah dan silap. Mohon diampunkan .

#memaafkan kesalahan orang akan memberi ketenangan kepada kita . Tak caye ? Tiap-tiap malam sebelum tido . Korang baca ayat kursi . Baca doa tido dan sebagainya . Tutup mata dan niat dalam hati. *aku maafkan semua kesalahan yang orang buat dekat aku harini dan sebelum2 ni.* Maafkan dengan seikhlas mungkin. In sha allah ia akan memberi ketenangan kepada korang. 

Salam jumaat. Sekian sahaja daripada saya. Nik Nadia Syamimi Bt Mat . Assalamualaikum :D

 



Thanks for reading




Le'Boss

Hello Sweetie! you came to my blog! The place where I keep my memories I hope you enjoy the journey through my adventures
Purple Guest

Wish List

IPHONE
Camera
My Own Laptop
Someone To LOve
Tabung Simpanan

Follow Here

Credit

Template by Siti
Owner is Nadia Syamimi