A

HATI KENA SADO
Terima kasih kerana sudi singgah .
My Site
Facebook Twitter Tumblr Instagram
Purple Life. ♥

Purple symbolizes a person's self confidence and the miracle of life.

HOME OWNER FRIENDS DBOARD NEWER OLDER

Hai Hai !
Tuesday, December 3, 2013 - Permalink - 2 Comments
Assalamualaikum !
Korang sihat ? Pergh , lama gila aku tak update entry . Dah berhabuk , bersawang blog kesayangan aku ni .
Hehehe.
Bukan ape , kebelakangan ini aku macam busy je. Terjadinye ke'busy'an aku ialah kerana abah sakit haritu . Ala , haritu kan aku dah story dekat korang .

Nasib baiklah kaki abah kena operate after exam PMR . So, tugas menjaga abah di hospital di pagi hari is tugas aku la. Family aku yang lain semua pergi sekolah . Hari-hari menjaga abah di hospital sangat-sangat best. Yang bestnye kerana pesakit-pesakit yang menginap di hospital a.k.a teman sebelah kiri , kanan, depan katil abah tu semua awesome . Ada je perkara-perkara yang melucukan diorang sembang . Aku ? Layan je la. Haha.

Setiap pagi nurse akan buka pembalut kaki abah untuk cuci luka tu . Part ni yang paling aku tak tahan . Kesian beb . Kalau kena nurse yang lemah lembut takpe la . Ni yang ganas gila , tengok orang macam nak telan hidup-hidup . Perghhh . Abah aku ape lagi ? Berteriak la . Sakit nurse ! sakit ! Aku ni jenis tak kuat semangat . Huu . Cepat-cepat lari pergi dekat katil sebelah abah . Haish , bukan ape . Kesian je .


Yang paling menggerunkan ialah bila hari pertama lepas operate . Pagi tu nurse datang bukak pembalut . Maybe sebab dia buka tu kasar sangat . Darah memancut keluar . Habis kena nurse tu . Then,  nurse tu panggil doktor. Si doktor tu dengan macho plus segak bergaya datang ambik menda ape ntah . Tutup tempat luka . Dia tekan kuat gila . Keluar habis urat-urat macho di tangannye .
Kesian gila aku dekat abah time tu . Yang si jiran depan katil tu pergi bantai gelak pulak . Ape daa~
Then, hari-hari seterusnya dah takde pape dah . Aku dah kalis dah. Cewah . Haha .

Abah kena tahan di wad selama lima hari . Lima hari tu abang aku yang kl and johor terus balik . Sempat jugak la diorang  menginap di hospital . Kira diorang ambik part malam la . Aku jaga pagi . Then, adik-adik aku jaga lepas balik sekolah . Kiranya time pukul 2-6 gitu la . Gilir-gilir la . Ini la kelebihan adik-beradik ramai . Masa ni la gunanya . Hehe .

Selepas lima hari di hospital . Pagi tu aku and abang aku yang duk kt KL tu jaga abah . Masa tu doktor tengok kaki abah then dia cakap luka abah tu tak kuat sangat . Means takde tanda -tanda negatif la . Then , encik doktor cakap abah dah boleh balik. Then, start la kitorang berkemas .

Petang tu , lepas semua settle barulah dapat balik rumah . Hari-hari seterusnya aku diberi tugas untuk teman abah pergi klinik untuk cuci luka hari-hari . Rasanya dah nak masuk dua bulan dah kami pergi klinik tu . Sampai abang tu dah kenal sorang-sorang adik beradik aku . Cenggitu hah .

And now !! Luka tu dah semakin mengecil . Kaki abah dah nak sembuh . Dah boleh jalan tak pakai tongkat dah . Alhamdulillah .

16 hari bulan 12 nanti kena pergi hospital pulak . Nak kena jumpa doktor pakar .

-THE END-

#feel Happy happy happy :D















Thanks for reading




Le'Boss

Hello Sweetie! you came to my blog! The place where I keep my memories I hope you enjoy the journey through my adventures
Purple Guest

Wish List

IPHONE
Camera
My Own Laptop
Someone To LOve
Tabung Simpanan

Follow Here

Credit

Template by Siti
Owner is Nadia Syamimi