A

HATI KENA SADO
Terima kasih kerana sudi singgah .
My Site
Facebook Twitter Tumblr Instagram
Purple Life. ♥

Purple symbolizes a person's self confidence and the miracle of life.

HOME OWNER FRIENDS DBOARD NEWER OLDER

Fakta !!
Saturday, December 14, 2013 - Permalink - 2 Comments
Assalamualaikum Kamu dan kamu . Hehe .
Pejam celik pejam celik dah nak sekolah kita ni kan . Haa , budak-budak sekolah dah boleh start belajar bangun awal seperti sediakala la ye .
Wuhuu , tanggal 19.12.2013 keluarlah result PMR . Dan salah seorang mangsa PMR adalah si penulis blog ini . Hehe . Semoga aku dan kawan-kawan aku semua dapat result yang cemerlang . Aamin.

Haa , dah baca tajuk atas tu ? Harini sebenarnya aku nak share perkara yang dibuat oleh aku jika sedih and stress . Hehehe .


PERKARA YANG DIBUAT OLEH AKU JIKA SEDIH OR STRESS

Setiap manusia wajib la pernah rasa sedih or stress kan ? Aku tak caye la kalau korang cakap korang tak pernah rasa dua benda atas ni . Cuma sebab-sebab korang sedih or stress tu je yang berlainan .
Ada yang sedih or stress sebab putus cinta , ada yang stress sebab masalah keluarga , ada yang stress sebab gaduh ngan kawan , ada yang stress sebab belajar . Macam-macam lah ! Hehe .
Okey now , aku share perkara yang selalu aku lakukan jika sedih or stress.

First , dah tentu-tentunya aku akan pergi ambik air semayang then buat solat sunat hajat . Mohon kepada Sang pencipta supaya diberi ketenangan . Lepastu mengaji al-quran.

Second , aku on facebook kesayangan and mengganggu gugat ketenteraman friends fb aku . Haha , mohon maaf jika anda termasuk dalam list diganggu . Bukan ape, memang aku suka sangat buat macam ni . Maklumlah , nak hilangkan kesedihan . Even sedih tu memang tak hilang at least kita dapat lupakan masalah kita untuk sementara waktu pun jadilah .

Third , aku akan dengar lagu . Aku bukak je youtube and then search lagu yang aku rasa nak dengar and then aku menyanyi dengan menggunakan suara katak aku yang boleh menurunkan hujan yang lebat . Cewah, kuat penangan suara aku ni . :P

Forth , aku ambik je salah satu daripada berpuluh-puluh novel dalam almari buku mak aku . Then, aku baca . Haa, yang ni paling mujarab . Hilang terus kesedihan aku . Nak nak kalau aku baca novel komedi romantik.
Pergh , memang awesome arr  . Tabik spring arr dekat penulis novel ni .

Fifth , aku makan . *tiada huraian untuk point ini . Harap maaf* Bhahaha

Next , aku layan korea . Tak kisah la drama korea ke , lagu korea ke , rancangan variety tv ke . Semua pasal korea la . Tapi yang paling aku suka sangat ialah RUNNING MAN !! Hehe :)

Err , ape lagi ekk  ? Jap jap nak pikir .

Haa ! Yang ni paling best ! Aku mengganggu ketenteraman adik aku .  Saje je nak tngok diorang stress . Then, aku gelak kuat-kuat *nampak tak kejahatan aku sebagai kakak ? Hahaha . Sorry la adik-adik ku sekalian . Saje je nak menyakat .

Next , aku mengadu kat kawan aku . Haa , sorang je kawan aku yang sentiasa menjadi pendengar setia aku . Dan orangnya ialah !! Mohd Nur Yazdani bin Rosli . Dia la satu-satunya tempat aku mengadu . Sedih , happy semua aku cerita kat dia . Aku sayang gila sahabat aku sorang ni . Dialah tempat aku mengadu , dialah tempat aku bergurau senda . Semua dialah !! Hehe . Tapi sayang aku dekat dia tak lebih dari seorang sahabat kay . Sila jangan salah paham .

Seterusnya yang menjadi mangsa aku ialah Nur Syafiqah Syahirah binti Azmi . Haa , dia ni bestie aku yang paling rapat . Rapat gila-gila la !! Hehe . Dia ni teman penghibur aku . Disaat aku sedih or stress dialah yang menghiburkan aku . Aku kalau marah dekat dia memang tak boleh lama la . Ada je benda yang dia buat mencuit tangkai hatiku . Ececey . Haha . Semua dia punya aku punya . Mak dia mak aku, ayah dia ayah aku , rumah dia rumah aku . Hehe . Suka sangat share . Sekarang ni dia ada di kl . Lepas exam haritu lagi dia pergi . Hmm . Lama gila dia tinggal aku . Sedih . Kalau dia tak ade dekat sini bermakna aku tak leh jogging , tak leh g pasar malam tak leh cuci mata di petang hari . Haha . Bukan tak boleh buat semua tu dengan orang lain tapi tak best . Dengan dia jugak best !! Hehe . Aku rindu P-qah gila-gila ! Bila nak balik ? Huuu :'(


Okey la korang-korang . Rasanya sampai disini sahaja entry aku kali ini . Terima kasih kerana sudi membaca
:) Okey now , korang boleh la menyambung kerja korang yang tergendala tadi . Sekian terima kasih .


-Nik Nadia Syamimi Binti Mat-


Thanks for reading




Le'Boss

Hello Sweetie! you came to my blog! The place where I keep my memories I hope you enjoy the journey through my adventures
Purple Guest

Wish List

IPHONE
Camera
My Own Laptop
Someone To LOve
Tabung Simpanan

Follow Here

Credit

Template by Siti
Owner is Nadia Syamimi