A

HATI KENA SADO
Terima kasih kerana sudi singgah .
My Site
Facebook Twitter Tumblr Instagram
Purple Life. ♥

Purple symbolizes a person's self confidence and the miracle of life.

HOME OWNER FRIENDS DBOARD NEWER OLDER

Alhamdulillah . Straight A dalam genggamanku :)
Thursday, December 19, 2013 - Permalink - 0 Comments

Assalamualaikum semua . 
Pada tanggal 19.12.2013 merupakan hari yang paling happy buat aku . Hehe . 
Korang pun tahu kan ape yang berlaku harini ? Haa ? Ape ? Tak tahu ? Okey meh nak story .
Harini merupakan hari dimana result budak-budak PMR keluar . Yeay !!  Pagi tadi bagai nak gila aku . Takut tahap tak ingat dunia dah. Sampai memulas bagai perut aku . Haha . Semalam aku dengan baik hatinya menenangkan kawan-kawan aku . Semalam tak rasa lagi takut tu . Pagi tu baru rasa . Rasa kecut perut , rasa takut , semua rasa bercampur menjadi satu . Haha . Nasib baik ada Encik Chinta hati menenangkan aku . Hehe .

Okey start cerita  .

Di pagi hari ini aku bangun dengan awalnya . Aku mandi and solat subuh . Lepastu mengaji kejap . *untuk menenangkan hati . Memang masa tu redho je la dapat berapa A pun . Okey next . Pukul 8 lebih makan pagi dulu bersama ibu tersayang . Lepas makan pagi baru bersiap-siap . Seterika tudung and sebagainya la kan.
Then , lepas siap semua tu aku online kejap . Say goodluck for Encik Chintaa . Hehe. *sempat lagi ye :P

Pukul 10 tu , aku bersiap sedia nak pergi sekolah dah ni . Menunggu aku punya cousin tak sampai2 . Budak tu janji dengan aku nak datang pukul 9.30 . Okey takpe la . Bia aku je yang pergi rumah dia . Dekat je kan ? Then aku pergi rumah dia . Sampai-sampai je tengok dia tak siap lagi . okey takpe la . Aku tunggu . Kejap je kan ? Then , dia punya pakwe gatal nak merajuk bagai . Haa time tu memang aku dah takleh nak tunggu dah . Time cousin aku call pakwe dia . Aku pun jerit "Abe wei , kalu nok ngaju esok2 la . Ore nok g ambik result ni !! " translate dia --> "Abang ! Esok2 la kalau nak merajuk . Orang nak pegi ambik result sekarang ni!"  Masa tu dah nak start mengamuk la . Ye la . Mengade je itu pakcik nak merajuk bagai . Lastly,  aku pergi dengan Ira je *adik*

Sampai je dekat sekolah . Aku nampak puan Pengetua kesayangan aku punya kereta masuk ke dalam pekarangan sekolah . Whoa . Makin berdebar-debar la hatiku ini . Hehe .

Lepastu dalam pukul 10.30 lebih Encik Chinta text cakap dia dapat 7A1B . Whoa ! Hebat la dia !
Hei korang ingat senang ke nak dapat 7A ? Kira awesome la tu . Korang tahu ? Nak dapat 1A pun susah sangat inikan pula nak dapat 7A . Hehe .

Wuuu . Aku punya result tak tahu lagi ni . Pengetua masih berucap di depan . Sedang aku menunggu result keluar Encik Chinta text .

"Sayang ! Congrate . Awak dapat straight A ! Hehe "

Dia dapat tau dulu tu sebab dia tolong check aku punya result guna SMS tu . Aku masa tu kurang percaya lagi . Yela .  Macam tak caye jerk . Then aku pandang maksu aku a.k.a Cikgu Bahasa Melayu sekolah aku . Aku tanya dia aku boleh straight A tak ? *guna isyarat mata je . Then dia angguk then angkat ibu jari tangan . Hehe .

Lepas Pengetua berucap baru cikgu umum pelajar straight A . Panggil punya panggil kini tiba lah masa namaku dipanggil . Nik Nadia Syamimi Bt Mat !

Aku senyum sampai telinga weh . Hehe . Alhamdulillah :)

Dengan itu aku pun bangun dan berjalan dengan penuh sopan ke depan dewan untuk mengambil slip exam ku . Hehe.

Fuh ! Lega ! Dapat jugak straight A . Hehe . Alhamdulillah :)

Aku pun duduk balik tempat tadi . Aku tengok je slip exam aku . Macam tak caye je . Eh , betul ke dapat ni ? Serius tak target pun straight A . Aku target 6A je . Then , cikgu Matematik aku pun datang dekat aku .

"Nadia, tahniah la. Dapat straight A jugak akhirnya . Tak sia-sia awak menangis dalam kelas saya haritu. Tahniah sekali lagi. "
Yang menangis tu ada la kisah dia . Taknak cite kat sini . Malu !! Hehe

Bila semua dah settle . Cikgu mintak budak2 straight A berkumpul dekat tapak perhimpunan sebab nak ambik gambar . Wuhuu ! *Amboi kau ! Pantang jumpa camera ! Bhahaha . Tak kisah pun apa orang nak cakap. Yang penting kita enjoy ! *
Selepas habis sesi bergambar , maka selesai sudah semua hal di sekolah .

--Balik rumah--

Eh salah2 , pergi rumah cousin dulu la . Ala , cousin yang kena tinggal tadi . Haha . Mula-mula aku act aku dapat sikit je . Then, adik aku bocorkan rahsia . Dia cakap aku dapat straight A.  Then cousin aku pun . Whoaa ! Daebak ! Macam tak caye je ! Banyak kali jugak dia ulang benda yang sama .

"Awesome la ya! Habat! Wah,pandai la. Taksangka aku kau pandai macam ni.Aku bangga la ada cousin macam kau."

Haha. Nampak tak ke'over'an cousin aku disini ? Haha . 


Cousin: Encik Chinta kau dapat berapa?
   Aku: Dia dapat 7A1B .
Cousin: Serius? Wah. 
        Bijak jugak dia.Memang hebat la korang.
        Serius aku jeles dengan korang.
        Dahla sama2 sweet,sama2 bijak pulak tu. 
Aku  :  Haha.Jangan la jeles.Tahun depan kau buat la yang 
        terbaik.Hehe

  Bla.bla.bla. Malas nak crite . Panjang sangat. Haha.
Then , dia suruh aku jadi model slip exam. Haha . Sila tengok gambar dibawah. 







*gambar cik sepupu tolong snap kan 
 Dia yang beria nk snap gambar aku sambil pegang slip

Lepas snap2 baru balik rumah. Hehe. 
Okey la sampai disini la cerita happy aku . Entry seterusnya yang akan menyusul ialah 
cerita bagaimana cara aku study sebelum exam. 
Hehe.
Okey la. Nak tido dah. Hehe . Goodnight. Sweet dreams.
Assalamualaikum :)

-NikNadiaSyamimiMat-




Thanks for reading




Le'Boss

Hello Sweetie! you came to my blog! The place where I keep my memories I hope you enjoy the journey through my adventures
Purple Guest

Wish List

IPHONE
Camera
My Own Laptop
Someone To LOve
Tabung Simpanan

Follow Here

Credit

Template by Siti
Owner is Nadia Syamimi