A

HATI KENA SADO
Terima kasih kerana sudi singgah .
My Site
Facebook Twitter Tumblr Instagram
Purple Life. ♥

Purple symbolizes a person's self confidence and the miracle of life.

HOME OWNER FRIENDS DBOARD NEWER OLDER

Masuk Hospital ?
Monday, October 28, 2013 - Permalink - 1 Comments
Assalamualaikum . Haloo :)

Selamat pagi semua . Untuk pengetahuan kamu-kamu semua my abah masuk wad beberapa hari yang lepas.

Ceritanya bermula begini .
2 minggu sebelum raya haji *hari sabtu* haritu abah pergi ke kebun dia at kampung . Time duk syok menebas kebunnya yang ditumbuhi semak-samun itu abah terpijak duri . Duri ni aku tak tahu duri apa sebenarnya . Nak digambarkan duri ni , dia panjang dan tajam dan berbisa maybe . Apa taknya , abah dah pakai kasut pun boleh tembus masuk kaki dia . Lukanya pulak dalam gila .

Then, malam tu terus abah pergi klinik disebabkan sakit yang tak henti-henti . Doktor tu bagi ubat antibiotic  untuk tiga hari . Lepas tu , dia ada bagi nama ubat yang bagus tapi aku pun tak tahu nama ubat tu apedia . Then, abah pergi cari dekat farmasi yang ada kat kuala krai ni dia cakap tak ada . Lepas tu abah cari kat Kota Bharu pun tak ada .Selepas tiga hari antibiotic tu pulak dah habis . Abah pergi klinik kesihatan dekat atas bukit tu . Doktor tu tak bagi ubat antibiotic . Dia bagi ubat tahan sakit je , kalau tak hilang lagi datang balik klinik tu hari ahad minggu depan. Kaki abah pun mula la membengkak . Hari khamis minggu lepas , abah tak tahan sakit sangat dia pergi la klinik tu sekali lagi . Haritu ayah saudara aku tolong hantarkan. My mum ada konvo untuk budak sekolah dia . Aku pulak pergi sekolah my mum la sebab nak tolong jugak . Lepas tu , abah call my mum suruh pergi ambik . Ayah saudara aku pulak ada kerja , tak leh g ambik dia la.
Nak dijadikan cerita , masa tu my mum pergi hospital melawat kawan dia . Aku pulak terambik phone my mum . Aku dah tak tahu nak buat ape dah . Abah cakap abah sakit sangat . Abah call banyak kali . Lasty , lepas my mum balik tu kitorang bergegas pergi klinik kesihatan tu . Cari punya cari abah text cakap dia dah dekat hospital Kuala Krai . Ambulan hantar kat tempat kecemasan Hospital KK. Kitorang cepat pergi sana . Doktor tengok kaki abah . Ada nanah banyak . So, kena buat pembedahan nak buang semua nanah tu .
Doktor tanya macam mana boleh jadi macam ni semua so abah cerita la dari A sampai Z . Doktor tu pun terkejut jugak . Macam mana boleh dia tak bagi antibiotic bla.bla.bla . *malas nak cerita detail. haha*

Petang tu abah pun masuk wad. Hari cuti tu ma yang jaga abah .Abah buat pembedahan hari Jumaat.
 Hari sekolah ma mengajar , so aku la yang jaga abah . Yela, aku kalau pergi sekolah pun bukannya buat ape pun . Best tau jaga abah ka hospital . Makcik2 , nurse2 semua sporting . Pesakit-pesakit ? Lagi la sporting  .Sekali diorang buka mulut memang gelak rr jawab dia . Kelakar je semua pesakit-pesakit kat sana . Area katil abah tu semuanya yang patah kaki and buat pembedahan untuk diabetes je . Kaki sakit pun mulut sihat tetap boleh bercakap . Haha . Yang aku nak gelak sangat ada sorang abang ni , dia patah kaki . Setiap pagi nurse akan datang cuci kaki abah . Time abah aku menjerit kesakitan boleh pulak dia gelak . Gila punya orang . Dia punya cara gelak yang kelakar sangat tuh. Haha .

Then, setiap pukul 8.30 doktor-doktor berserta doktor pakar yang handsome-handsome dan juga cantik-cantik datang meround  meronda untuk tengok pesakit-pesakit mereka . Lepas cuci tu takde ape-ape dah . Pesakit menjalani hidup di hospital seperti biasa iaitu makan , tido , berbual . hehehe .

Tu je kot rutin harian pesakit yang kena tahan di wad . And !! Semalam abah dah boleh keluar ! Yeay . Alhamdulillah . Tahu tak ? Doktor yang paling pakar ala kira macam orang yang pangkat paling tinggi sekali dekat hospital tu la datang melawat abah . Wow . Haha . Sebenarnya , doktor tu best friend  cikgu yang mengajar di sekolah abah aku . Cikgu tu inform doktor tu yang guru besar sekolah dia masuk hospital . Besoknya terus doktor tu datang . Dia la yang kasi abah aku kebenaran untuk pulang rumah . Hehe .

So, sekarangnya kena pergi hospital je rr hari-hari untuk cuci luka bekas pembedahan tu .

 -The End-
*Best jaga abah , dapat kenal ramai makcik-makcik yang baik baik , nurse yang baik baik . Semua la baik ! Hehe .
Kbye, Assalamualaikum .


Thanks for reading




Le'Boss

Hello Sweetie! you came to my blog! The place where I keep my memories I hope you enjoy the journey through my adventures
Purple Guest

Wish List

IPHONE
Camera
My Own Laptop
Someone To LOve
Tabung Simpanan

Follow Here

Credit

Template by Siti
Owner is Nadia Syamimi