A

HATI KENA SADO
Terima kasih kerana sudi singgah .
My Site
Facebook Twitter Tumblr Instagram
Purple Life. ♥

Purple symbolizes a person's self confidence and the miracle of life.

HOME OWNER FRIENDS DBOARD NEWER OLDER

Selamat Hari Guru !
Thursday, May 16, 2013 - Permalink - 0 Comments
Assalamualaikum .

Tanggal 16 Mei , merupakan tarikh semua guru di Malaysia diraikan . 
Saya Nadia Syamimi Mat ingin mengucapkan selamat hari guru kepada semua guru-guru yang telah mengajar saya dari tadika hingga sekarang . Jasamu sangat bermakna .

Pagi tadi !
SMK Sultan Yahya Petra 2 telah mengadakan Majlis sambutan Hari Guru peringkat sekolah . Majlis ni sebenarnya dirancang and dihandle oleh geng-geng perstep (kelab budak form 6 sekolah aku). 
Memang awesome rr akak-akak and abang-abang ni . Majlis meriah gila kot . Tapi yang paling awesome sekali sorang akak form 6 tu . (bagi aku la kan) Nama akak tu sama macam nama aku . Nama dia Nadia Azira . Aku tengok kan dia bersungguh-sungguh handle majlis tu tadi . Siap lari-lari lagi kan . Bagi aku la budak form 6 tahun ni la paling awesome sekali . Hehehe . 

Mula-mula sekolah kitorang buat solat hajat . Lepas habis solat tu kitorang berkumpul di tapak perhimpunan . Majlis start dalam pukul 8 pagi . Mula2 ucapan drpd cikgu Nordin . Siap berpantun-pantun lagi . Then , puan pengetua pulak bagi ucapan . Ha , kalau cik puan pengetua aku bagi ucapan tu memang tahu la kan . Panjang berjela la jawabnye . Tahankan saja la telinga ni kan . Tapi pengetua aku memang bagus sangat . Dalam ucapan dia tadi mula-mula tu cakap pasal cikgu la kan tapi dia juga masih selitkan nasihat-nasihat untuk murid-murid kesayangan dia aku la tu supaya rajin buat ulangkaji , rajin belajar . Che Mek Dah bt Abdul Rahman ialah pengetua yang paling awesome ! Lepas habis dengar ucapan semua tu , semua murid dan guru ke padang untuk acara sukaneka . Acara sukaneka hari ni ialah masukkan benang dalam jarum, bowling padang  and yg dua lagi aku tak tahu nama apa . Memang best la . 

Lepastu ada pertandingan bola sepak pakai kain pelikat antara guru dan murid . Kelakar gila tengok diorang main . Yang perempuan pulak main bola jaring . Aku tengok pertandingan bola sepak ni je . Sebab dua acara ni dia buat dalam masa yang sama . Aku malas nak pergi tengok perlawanan bola jaring tu sebabnya jauh sangat . dah la panas terik time tu . Habis berpeluh-peluh aku tadi . 
Ngeh3.

Selepas acara sukaneka habis dipertandingkan , cikgu kasi murid-murid rehat . Makan-makan dulu . Dah kenyang semua kitorang berkumpul dekat tapak perhimpunan balik .

Dan !!!
Acara yang ditunggu-tunggu sudah tiba.. Tahu acara apa  ? Hehehe . Persembahan la . Ada yang nyanyi , ada yang bersajak . Yang awesome tu budak paling hot di sekolah aku pun ambik peluang tunjuk bakat dia . Dia bersajak . Dia yang dapat sorakan paling gemuruh tadi . Haha . Cikgu perempun pula nyanyi lagu-lagu lama . Puan pengetua aku siap berjoget lagi kat depan tu . Haha . 

Selepas habis semua-semua tu semua guru dan murid bersalaman . Then , murid-murid boleh balik . TAPI !! 
Budak form 3  perempuan kelas KRK 3 n KRK 5 tak boleh balik selagi tak siap kan fail Kerja KH tu . Aku pukul 2 lebih baru boleh balik tadi .  


Tamat ~
*Tadi aku duk tepi abang beg hijau la. *Time sukaneka tu. Happy nya . Hehehe














Thanks for reading




Le'Boss

Hello Sweetie! you came to my blog! The place where I keep my memories I hope you enjoy the journey through my adventures
Purple Guest

Wish List

IPHONE
Camera
My Own Laptop
Someone To LOve
Tabung Simpanan

Follow Here

Credit

Template by Siti
Owner is Nadia Syamimi