A

HATI KENA SADO
Terima kasih kerana sudi singgah .
My Site
Facebook Twitter Tumblr Instagram
Purple Life. ♥

Purple symbolizes a person's self confidence and the miracle of life.

HOME OWNER FRIENDS DBOARD NEWER OLDER

Apa Itu Cinta ?
Wednesday, May 1, 2013 - Permalink - 2 Comments
Assalamualaikum readers . 







Definisi cinta . 

Dalam sebuah buku yang ditulis oleh Encik Pahrol Mohd Juoi , cinta bermaksud bertanggungjawab, satu perbuatan dan memberi . Dalam erti kata lain, jika seseorang itu mengungkapkan kata cinta bermakna dia bertanggungjawab ke atas orang yang menerima ungkapan itu . Disebabkan itu , ibu bapa kita banyak berkorban untuk kita kerana mereka sayangkan kita , cintakan kita dan melaksanakan tanggungjawab mereka kepada kita . Diberinya kita makan dan minum , dibelikan kita pakaian dan diusahakan mereka untuk menyekolahkan kita supaya mendapatkan ilmu yang cukup sama ada ilmu duniawi mahupun ukhrawi .

Perasaan cinta itu ialah fitrah yang telah Allah letakkan dalam hati setiap manusia. Sayangnya , ramai remaja yang menyalahgunakan perasaan suci yang Allah letakkan dalam diri mereka. Cinta mereka tidak disandarkan kepada cinta Allah Taala . Cinta yang suci seharusnya didasari kepada cinta Yang Maha Agung. Remaja bagaikan menjadi hamba cinta dan sanggup melakukan apa sahaja demi cinta sedangkan kita tidak berhak mencintai seseorang melebihi daripada cinta kita kepada Allah. Disebabkan itu , berlakunya banyak gejala sosial melibatkan golongan muda kita pada hari ini .

 Cinta itu ibarat makanan kepada jasad . Makanan menyalurkan kekuatan kepada jasad . Begitu juga dengan cinta . Cinta ialah makanan bagi jiwa manusia . Jika tiada cinta ,jiwa kita akan menjadi lemah . Terutama Cnta Yang Maha Esa . Janganlah kita mengejar cinta manusia kerana cinta manusia itu hanya seketika . Tapi kejarlah cinta Ilahi kerana sejauh mana pun kita meninggalkan Allah , Allah tidak pernah meninggalkan kita . 

Sekian , assalamualaikum .





Thanks for reading




Le'Boss

Hello Sweetie! you came to my blog! The place where I keep my memories I hope you enjoy the journey through my adventures
Purple Guest

Wish List

IPHONE
Camera
My Own Laptop
Someone To LOve
Tabung Simpanan

Follow Here

Credit

Template by Siti
Owner is Nadia Syamimi