A

HATI KENA SADO
Terima kasih kerana sudi singgah .
My Site
Facebook Twitter Tumblr Instagram
Purple Life. ♥

Purple symbolizes a person's self confidence and the miracle of life.

HOME OWNER FRIENDS DBOARD NEWER OLDER

My Bapak Saudara New House
Monday, April 1, 2013 - Permalink - 0 Comments
 Assalamualaikum And Hye !

Dah baca tajuk kan ? Haha , macam sakai aje tajuk aku kali ini . Tak kisah la macam mana pun tajuk dia . Meh sini aku nak cerita pasal rumah bapak saudara aku .
Beberapa hari yang lalu aku dan family aku pergi dekat Klang *rumah baru bapak saudara aku*  Mula-mula aku ingat tak cantik sebabnya jalan nak masuk ke rumah dia tu punya la sempit and buruk dan berdekatan dengan kilang . Tapi sebenarnya aku silap dan sangatlah silap . Bila aku sampai depan pintu pagar dia aje , fuh . Aku mula terpegun . Cantik gilo rumah baru dia weh !
Nak masuk rumah dia tu kena tunggu dia buka pagar guna remote control lagi . Cewah . Then bila aku melangkah masuk ke dalam halaman rumah dia tuh lagi la aku terpegun . Ada kolam ikan . Cantik je kolam dia .Dalam kolam tu ada 20 ekor ikan koi yang besar . Then , aku mula berjalan-jalan tngok halaman rumah dia . lagi bertambah terpegunnya apabila aku tngok ada taman bunga . Cantiknya . Siap ada tempat rehat a.k.a bersantai di hari petang . Seriously aku suka . *aku suka sangat rumah yang ada kolam ikan and taman bunga boleh tenangkan fikiran bila kepala tengah kusut .  Okey , seterusnya aku masuk ke dalam rumah dia . Ya Allah ! Punya la luas ruang tamu dia , then aku pergi ke dapur . Dapur dia ada dua tau satu tempat memasak satu lagi tempat makan la . Dua-dua pun luas . Yang aku suka sangat dia punya sinki terletak di tengah-tengah dapur . Tak pernah dibuat orang . Tapi aku suka .Then , dekat dapur ni ada satu bilik . Bapak saudara aku buat bilik stor la bilik ni . Lepastu daripada dapur tu pegi straight lagi ada pulak tempat jemur baju and bilik air . Okey , aku meneruskan langkahku menaiki tangga ke tingkat atas . 



Tingkat 2,
     Ada empat bilik . Semuanya luas . Then bahagian luar tuh diorang buat tempat solat . Dekat tingkat 2 ni ada dua bilik air . Cantik gila bilik air dia . Dah macam style orang-orang kaya pula aku rasa . Sebenarnya macam ni cerita dia , bapak saudara aku baru je beli rumah ni . Dia beli daripada orang Cina . Cina ni kaya dan sangat baik hati . Mak saudara aku cakap kan , sebelum dia jual rumah ni , dia tukar semua cermin tingkap dekat rumah tu . Cermin tu mahal la kalau kira semua kosnya  ialah RM 60 ribu ringgit . Fuh , mahal tu.. Then bingkai cermin tu dibuat daripada aluminium yang berlapis-lapis  cermin dan bingkai dia ni memang tahan lasak la *Yela ,kan mahal harga dia tu kan* Then , lepas Cina tu pindah , banyak jugak la barang-barang yang dia tinggal yang aku terkejutnya , dia tinggal  peti ais yang mahal punya tuh , meja makan yang besar , katil yang mahal . Langsir yang cantik dan kain dia pun kukuh and banyak lagi la kalau hendak disebut disini . Memang untung la mak and bapak saudara aku . Lepas ni selalu la aku pergi rumah dia kan . Hahaha . Okey la . Sampai di sini sahaja cerita aku pasal rumah banglo bapak saudara aku . Haritu time aku pergi ak utak sempat nak snap-snap . Nanti kalau aku pergi lagi sekali In Sya Allah aku akan snap-snap and tunjukkan korang rumah bapak saudara aku ni ye.

Until then , Bye !!
Nadia Syamimi Mat <3
Assalamualaikum 








Thanks for reading




Le'Boss

Hello Sweetie! you came to my blog! The place where I keep my memories I hope you enjoy the journey through my adventures
Purple Guest

Wish List

IPHONE
Camera
My Own Laptop
Someone To LOve
Tabung Simpanan

Follow Here

Credit

Template by Siti
Owner is Nadia Syamimi